FESYEN

Menentang Kekejaman Haiwan, DVF Ikut Jejak Langkah Gucci & Versace Tidak Lagi Menggunakkan Fur

Dengan rumah fesyen gergasi seperti Gucci, Versace, Michael Kors dan Burberry tidak lagi menggunakan fur dalam koleksi mereka, secara tidak langsung memberi tekanan kepada jenama lain untuk melakukan yang sama dan meletakkan etika di baris hadapan dasar perniagaan mereka. terkini, Diane Von Furstenberg pula mengikut jejak langkah mereka dengan tidak mahu menggunakan fur yang mengundang kekejaman terhadap haiwan.

Walaupun semenjak 2015 kurang daripada 15 peratus koleksi musim Luruh/Sejuk DVF menggunakan fur juga angora dan kulit, rumah fesyen ini akan tetap menghentikan pengeluaran dan penggunaan dalam semua koleksi dimasa akan datang. DVF di bawah telunjuk pengarah kreatif Nathan Jenden akan menggunakan sumber beretika dan bekerja rapat dengan Council of Fashion Designers of America dalam mengekalkan hala tuju mereka ini dan memberi tumpuan kepada pembangunan tekstil inovatif sebagai pengganti fur.

“Saya sangat teruja kerana teknologi telah menyediakan jalan untuk merasai glamor dengan fur palsu,” Von Furstenberg mengulas mengenai keputusannya bekerjsama dengan Humane Society of the United States dan PETA untuk menghentikan eksploitasi bulu binatang.

Berita menolak penggunaan fur memberi pengaruh kepada Minggu Fesyen London yang memperkenalkan minggu pertunjukan fesyen bebas-fur, langkah yang akan memberi tekanan kepada New York, Paris, London dan Milan untuk mengkaji semula pendirian mereka.

Oleh kerana perubahan positif digalakkan dan amalan terbaik industri diletakkan, langkah seterusnya adalah untuk syarikat yang mempunyai sumber daya bagi melakukan inovasi bahan-bahan baru yang akan menolak menggunakan bahan berasaskan haiwan seperti kulit dan bulu dalam menghasilkan pakaian dan aksesori.

Jenama mana yang akan mengikut jejak langkah mereka selepas ini?

Related posts

Fesyen Lelaki Hilang Macho – Has the Environment Shrunk The Men’s Ego?

admin

Adakah Jeremy Scott Menciplak Idea Pereka Muda Untuk Koleksi Moschino Spring Summer 2019?

admin

Pelaburan Trend Fesyen Musim Luruh/Sejuk 2018

admin

Leave a Comment