AGAMA

Jangan Cabut Ubanmu

Agama Islam melarang umatnya mencabut uban. Nabi Muhammad SAW melarang umatnya mencabut uban dan dinyatakan dalam hadis daripada ‘Abdullah bin’ Umar. Rasulullah SAW bersabda, “Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban walaupun sehelai-dalam Islam, melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman).

Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah, yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban, dalam kitab sahihnya menyebutkan pembahasan, “Hadis yang menceritakan bahawa Allah SWT akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.”

Lalu Ibnu Hibban membawakan hadis berikut. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti.”

“Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan. Dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban).

Pada 2012, Ismael Galvan Galvan dari Museo Nacional de Ciencias Naturales, Sepanyol melakukan kajian, mengenai uban. Daripada hasil para penyelidik itu, ternyata uban merupakan tanda anda akan mempunyai hidup panjang dan sihat.

Namun khabar buruk bagi anda yang mempunyai rambut merah, kerana ini berkaitan tahap yang lebih tinggi untuk menghidap kanser.

“Pada manusia, melanin kulit, rambut dan bulu merupakan jenis yg sama. Hal ini menghadkan pengetahuan tentang kesan fisiologi pigmentasi,” kata Galvan.

“Uban menandakan ketiadaan melanin. Ertinya, uban merupakan tanda hidup yang sihat,” sambungnya. “Jauh daripada tanda berkaitan penuaan, uban menunjukkan keadaan yang baik.”

 

Sumber: inspirasipagi.tk

Related posts

11 BERITA GEMBIRA UNTUK “KAKI SURAU ATAU MASJID”

adminwm

Jika Tentera-Tentera Allah Bangun, Maka Bersiap Sedialah

admin

Menebus Nazar Adalah Wajib

adminwm

Leave a Comment