CANTIK

Jadi Secantik Amyra Rosli Dengan Serum Safi Youth Gold

Safi menghantar sebuah kotak emas mengerlip, di dalamnya mengandungi tiga kotak serum Safi Youth Gold dengan nama dramatis Amyra Rosli tertera sebagai duta.

Dalam kotak ini ada tiga serum berbeza fungsi yang mana kesemuanya mengandungi vitamin C, 98 peratus emas tulen dan glutathione. Saya membelek wajah dan saya rasa Safi Youth Gold Lifting Serum Emulsion paling sesuai dengan masalah saya kini kerana ia mengandungi kolagen yang bagus untuk menganjalkan kulit. Lagi pula, “Kolagen penting dalam memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang dan kembali kepada kedudukan asal. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut.” Sumber myhealth.gov.my 

Lifting Serum Emulsion ini sesuai untuk kulit yang kian hilang keanjalan dan mempunyai kedutan yang mendalam dan membantu meningkatkan pengeluaran kolagen supaya kulit kita tampil lebih anjal manakala penggunaannya juga mudah iaitu hanya sapuan di seluruh wajah.

Tiga serum terbaru keluaran Safi Youth Gold

Safi Youth Gold Lifting 24K Golden Elixir sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit berjeragat dan kusam. Ia mengurangkan jeragat sebanyak 87 peratus (berdasarkan hasil ujian klinikal) dan menyerlahkan kulit agar lebih berseri. Elixir ini memberi tumpuan kepada sapuan di bahagian atas wajah iaitu bahagian tulang pipi dan dahi. 

Manakala Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum pula untuk anda yang mempunyai masalah dagu berlapis dan kulit mengendur. Penggunaan serum ini membantu mengurangkan dagu berlapis sebanyak 50 peratus dalam tempoh seawal 15 minit (berdasarkan hasil ujian klinikal). Serum ini turut membantu mengurangkan garisan pada leher serta menganjalkan kulit supaya tampil lebih tegang dan kelihatan awet muda. Sapuan serum ini pula adalah di bahagian bawah muka iaitu pipi, garisan rahang, bawah dagu serta leher. 

Rangkaian serum ini amat bersesuaian untuk anda yang berusia 29 tahun dan ke atas yang mahukan produk penjagaan kulit yang tidak membebankan poket.

Pilihan serum ini boleh didapati dengan harga berpatutan iaitu Safi Youth Gold Lifting Serum Emulsion 20ml dijual pada harga RM42.30, Safi Youth Gold Lifting 24K Golden Elixir 29g pula RM52.90 dan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum 30ml berharga

RM62.55, boleh didapati di kedai runcit terpilih termasuk farmasi seperti Watson dan Guardian atau secara dalam talian di kedai rasmi Wipro Unza di Shopee dan Lazada.

Related posts

Hada Labo – 5 Asid Hialuronik Untuk Penghidratan Maksimum

adminwm

Ruangan Kecantikan Strip

admin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum Baru Produk Terulung

admin

Leave a Comment