GAYA HIDUP

Gunakanlah Halba Sebagai Ubat

Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya. Ingatlah sabda Nabi SAW, “bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Halba adalah sejenis rempah ratus yang sudah digunakan di Timur Tengah berabad-abad lamanya . Bukan sahaja digunakan untuk masakan malah juga sebagai alternatif untuk menyembuhkan penyakit .

Halba ini berasal daripada perkataan Arab ‘Hulbah’ Nama botaninya Trigonella Foenum- Graecum. Orang Inggeris memanggilnya sebagai Fenugreek. Ia adalah tanaman separa gersang di Timur Tengah, juga banyak negara lain di dunia .

Pada satu hari Rasulullah SAW menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah menyuruh memanggil tabib Al Harith ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abi Waqqas. Beliau menganjurkan agar Saad makan Halba dan kurma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad sembuh daripada penyakitnya .

Daripada Al Qasim bin Abdul Rahman, Rasulullah SAW bersabda “Berubatlah kamu dengan hulbah”

Dalam satu hadis lain ada menyebut “Sekiranya umatku tahu akan kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas”

Khasiat biji Hulbah/halba ni sangat banyak. Malah ia antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al – Abqirad (Hippocrates) seorang bapa perubatan Yunani.

Khasiatnya:
Untuk jadikan teh, ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan/gelas, tuangkan air panas dan biarkan semalaman. Pagi sebelum minum atau gosok gigi.

  1. Jadikan pekat lebih daripada teh, minum untuk legakan sakit tekak dan bau badan, berkumur boleh hilangkan bau mulut.
  2. Diminum bercampur madu boleh hilangkan anemia serta kurangkan ketagihan pada rokok dan dadah .
  3. Minum menggantikan teh atau jadikan tonik:
    -dapat melancarkan haid serta kurangkan senggugut
    -menghilangkan kembung
    -sebu
    -senak serta buang angin
    -mencuci perut
    -kuatkan jantung
    -melegakan sakit kepala/migraine
    -juga demam
    -menembuhkan buasir
    -melawaskan kencing
    -rangsang rahim
    -radang kulit
    -bisul
    -kegemukan serta kawal kencing manis .

    Kalau menelan mentah (2-3 gram) beri kesan terapi dan penyembuhan untuk sakit sendi .
    Bukan itu saja, halba juga baik untuk tumbesaran anak – anak, kecerdasan serta kekuatan badan. 

    Malah baik untuk pasangan suami isteri untuk menambahkan air mani juga menguatkan nafsu, memanaskan buah pinggang serta organ pembiakan . 

    Malah ada tabib kuno Cina menggunakannya untuk merawat mati pucuk.

    Biji halba dihancurkan dan dijadikan seperti kanji. Bila dimakan dapat cantikkan buah dada (diamalkan wanita Arab) juga menambah susu untuk ibu mengandung.

    Juga untuk stamina, kecergasan dan untuk menstabilkan gula dalam darah, sesiapa yang ada masalah diabetis boleh juga cara ni.

Cara-caranya:
1. Goreng halba tanpa minyak
2. Jangan pula sampai hangus.
3. Masukkan dalam bekas.
4. Campurkan air panas.
5. Biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum .
Jika diamalkan selalu, Insyaallah dapat membantu.

Cara lain buat teh halba:
1. Masukkan1 sudu teh halba ke dalam 300ml air.
2, Rebuskan sehingga mendidih, tutup api.
3. Tutup periuk/bekas supaya wap air rebusan tidak keluar.
4. Tunggu sehingga suam dan tapis air tersebut.
5. Air rebusan tadi boleh dicampur dengan perahan lemon/madu/cuka epal.
6. Jika tiada pun tidak mengapa, boleh minum begitu sahaja.
7. Teh halba diminum 3 kali sehari.
8. Ambil sebelum sarapan, breakfast, dan dinner.
9. Amat sesuai sebagai minuman orang kencing manis dan pada yang ingin menguruskan kegemukan atau masalah perut boroi.

Halba senang didapati di kedai runcit dan di supermarket. Murah pulak tu. Selamat dimakan sebab itu halba sering dimasukkan ke dalam masakan.

Selain berkhasiat halba juga mengharumkan masakan. Kita tidak akan dapat merasakan kebaikan satu-satu herba itu pada tubuh badan melainkan mengambilnya untuk satu jangka masa, cubalah selama dua tiga bulan.

Nota:
Tidak digalakkan untuk ibu yang mengandung untuk mengambil halba dalam dose yang berlebihan daripada biasa. Kerana halba boleh mencetuskan kontraksi (meransang rahim) terutamanya di peringkat awal kandungan.

Related posts

2 Produk Terbaru Clarins: Bedak Asas dan Serum Bintik Hitam

admin

Keistimewaan Daging Kambing

adminwm

Penawar Kencing Manis

admin

Leave a Comment