FESYEN

Aktres Ini Berseluar Denim Ke Pertunjukan Fesyen Couture

Pelakon Perancis, Alma Jodorowsky menghadiri persembahan Chanel Spring Couture 2019 di Grand Palais mengenakan gaya paling santai antara kesemua tetamu: denim biru muda.

Walaupun denim jarang dipakai artis wanita ke pertunjukan fesyen, tetapi nampak okey buatnya, itu pun kerana kardigan ketat Chanel, tali pinggang bertanda dua C dan kasut but emas yang dipakai bersama.

Penampilan ini mengimbas kembali trend ‘denim dan baju yang bagus’ hot penghujung 80an dan pertengahan 90an, gaya yang diterajui editor fesyen Perancis Carlyne Cerf de Dudzeele setelah menggayakan model Israel Michaela Bercu dengan seluar denim dan sweater bertatah batuan oleh Christian Lacroix untuk muka hadapan Vogue Amerika isu November 1988.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8544″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8543″][thb_gap height=”40″]

Jodorowsky bukan satu-satunya yang mendefinisi semula gayanya sebagai tetamu barisan hadapan, kerana ia turut menjadi tumpuan minggu lalu. Pelakon Monica Bellucci sebagai contoh; dia ke pertunjukan Dior dalam dress kot baldu warna merah hati yang ringkas, juga but kulit paras lutut. Jika dua wanita stylish ini tidak kisah bergaya ringkas seperti ini, maksudnya senarai tetamu kelas A lain juga akan lebih kasual ke pertunjukan couture.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8545″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Koleksi Terbaru Hasil Kolaborasi Jenama Pakaian Sukan dan Personaliti Terkenal

admin

POLAROID: “Kami Membolehkan Anda Melihat Lebih Lagi.”

admin

Locked Down 2020 – “Survival of the Fittest!”

admin

Leave a Comment