CANTIK

Extension Bulu Mata Cepat Tercabut? Ini Cara Untuk Buat Ia Tahan Lama!

Mempunyai bulu mata panjang, tebal dan lentik diinginkan ramai wanita. Ada wanita yang tidak memiliki kelebihan ini melakukan extension bulu mata supaya nampak cantik tanpa perlu memakai maskara setiap hari.

Extension bulu mata boleh kekal sehingga enam ke lapan minggu, tetapi ia boleh cepat tertanggal jika tidak dijaga dengan baik.

Berikut adalah lima cara yang anda boleh lakukan untuk menjaganya supaya kekal lama dan nampak cantik.

  1. Hindari bulu mata daripada terkena air pada hari pemasangan.

Air yang mengenai permukaan bulu mata membuatkan gam yang diguna untuk melekatkan extension bulu mata tertanggal kerana belum betul-betul kering. Air yang dimaksud tidak hanya air paip tetapi juga wap seperti di sauna atau peluh. Jika terkena air, cepat ambil tisu dan kipas untuk mengeringkan lalu sikat bulu mata perlahan agar rapi semula.

  1. Elakkan mengguna solekan kalis air di kawasan mata

Tekstur solekan kalis air yang sukar dicuci membuatkan anda perlu mengguna pembersih solekan yang banyak dan perlu menggosok untuk mengeluarkan sisa solekan. Tekstur minyak daripada pembersih solekan dan terlebih gosok membuatkan gam extension lemah dan membuatkan extension gugur.

  1. Sikat bulu mata

Extension perlu disikat dua kali sehari menggunakan lash separator agar bulu mata tidak menjadi kusut. Jika kusut, mata akan terasa tidak selesa dan nampak tidak cantik.

  1. Posisi tidur yang betul

Sekiranya biasa tidur meniarap atau mengiring, kini anda perlu menukar posisi kepada terlentang kerana tidur dalam kedudukan meniarap dan mengiring boleh menyebabkan extension tertekan dan tercabut.

  1. Jangan mencabut

Apabila sebahagian besar extension mulai tertanggal, jangan cabut sisa extension yang masih terlekat daripada bulu mata asal. Rasa tidak selesa akan timbul kerana hanya ada beberapa helai extension yang masih terlekat, namun jika mencabutnya, bulu mata asal juga akan turut tercabut. Lebih baik ke salon untuk mereka buangkan sisa extension yang masih ada.

Related posts

Suntikan Bibir: Kesan Sampingan Negatif Yang Anda Tidak Tahu

admin

Taylor dengan Smokey Nude Glow Kit

admin

Clarins Revolutionary 5P Defense Technology for 5-Dimensional Protection

admin

Leave a Comment