CANTIK

Kunyit Bagus Untuk Mencerahkan Kulit dan Mengurangkan Pertumbuhan Bulu di Muka

Kunyit adalah rempah yang biasanya dalam jenis serbuk, dibuat daripada tumbuhan akar yang terdapat dalam keluarga halia. Rasanya pahit dengan warnanya kuning oren terang. Kunyit berasal dari India dan China dan selama bertahun digunakan sebagai rempah masakan, pengawet makanan, ubat herba dan agen pewarna.

Walaupun ia biasanya digunakan dalam masakan seperti kari, jangan takut menggunakannya untuk tujuan perubatan dan kecantikan. Ada kajian mendapati kunyit mempunyai ciri-ciri anti-radang dan anti-oksidan yang kuat, dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Ia teramat kerap digunakan hingga mendapat jolokan aspirin India dan boleh dijumpai dalam setiap kit kecemasan keluarga di negara itu.

Secara nutrisi, kunyit kaya dengan serat, besi, potassium, mangan dan vitamin B6. Walau bagaimanapun, ramuan utama yang menyebabkan ia bermanfaat adalah curcumin, yang berfungsi sebagai penguat daya imuniti. Ia juga digunakan dalam pelbagai ubat-ubatan, jadi kita tahu bahawa ia dapat membantu badan melawan beberapa penyakit:

  • Asma dan ulser peptik dengan melindungi lapisan gastrousus:

Campurkan 1 sudu  teh serbuk kunyit dalam secawan susu suam dan minum tiga kali sehari.

  • Sakit tekak:

Campurkan ½ sudu teh kunyit dan ½ sudu garam dalam segelas air suam dan berkumur.

  • Luka:

Kunyit adalah antiseptik yang hebat – hanya letakkan pada luka tercucuk jarum atau terkena pisau contohnya, untuk menghentikan aliran darah dan mengurangkan risiko jangkitan.

Kunyit tidak hanya digunakan sebagai agen penyembuh tetapi juga untuk rawatan kecantikan. Selama bertahun, wanita di Asia Selatan menggunakan kunyit sebagai bahan rejim penjagaan kulit harian. Oleh kerana pigmen kuning cerah dan sifat kimianya yang kuat, kunyit digunakan dalam beberapa produk muka dan penjagaan kulit. Ia membantu membersihkan kecacatan, jerawat, bintik-bintik gelap dan hiperpigmentasi, serta mencerahkan kulit. Campurkan kunyit dan tepung gram dalam kuantiti yang sama, jadikan ia pes dengan menggaulnya bersama air atau susu, kemudian lumur di muka atau badan. Biarkan selama 10-15 minit dan bersihkan dengan air suam.

Untuk merawat kulit berminyak, campurkan kunyit dengan cendana dan jus oren. Sapukan pada muka, tunggu ia kering dan bersihkan dengan air suam. Kulit akan nampak bersih dan bercahaya.

Bagi sesetengah wanita, bulu di wajah adalah satu masalah besar. Anda boleh cuba mengurangkan pertumbuhannya dengan kunyit. Campurkan serbuk kunyit dan air menjadi pes dan sapu pada muka sama ada setiap hari atau selang sehari untuk melihat perbezaannya.

Jadi, apabila ada luka atau mahu wajah nampak menyegarkan, cuba dengan serbuk kunyit yang tidak terhad diguna untuk memasak sahaja, tetapi juga boleh diguna untuk kesihatan dan kecantikan.

Related posts

Coli Eksklusif Wanita Hamil & Yang Menyusu Anak

admin

Foundation Multi-Tugasan Dan Faedah Yang Terbukti Secara Klinikal

adminwm

Oleh Sebab Nak Cantik, Barisan Selebriti Ini Alami Mimpi Ngeri

admin

Leave a Comment