AGAMA

Enggan Mengeluarkan Zakat Akan Diazab

[vc_row][vc_column][vc_column_text]عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَلَمْ يُؤَدِّ زَكَاتَهُ مُثِّلَ لَهُ مَالُهُ شُجَاعًا أَقْرَعَ لَهُ زَبِيبَتَانِ يُطَوَّقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَأْخُذُ بِلِهْزِمَتَيْهِ يَعْنِي بِشِدْقَيْهِ يَقُولُ أَنَا مَالُكَ أَنَا كَنْزُكَ ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَة

َ(وَلَا يَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَبۡخَلُونَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ هُوَ خَيۡرٗا لَّهُمۖ بَلۡ هُوَ شَرّٞ لَّهُمۡۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُواْ بِهِۦ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۗ)

Daripada Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang diberi harta oleh Allah Azza wa Jalla, lalu dia tidak menunaikan zakatnya, maka hartanya akan berubah pada hari Kiamat menjadi seekor ular berkepala putih (kerana banyak racunnya) serta memiliki dua titik hitam di atas matanya atau dua taring. Lalu memakan dengan kedua tulang rahangnya (taringnya) pada hari Kiamat,  dan menyatakan, ‘Akulah harta simpananmu, akulah harta simpananmu.” Kemudian baginda membaca ayat ini, maksudnya,

“Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahanNya, menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan dia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) di leher mereka  apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak (Ali Imran: 180) (HR Bukhari No: 4199) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Setiap Muslim wajib mengeluarkan zakat kepada hartanya yang telah mencukupi nisab dan haul.
  2. Orang yang enggan mengeluarkan zakat, di hari kiamat nanti hartanya akan berubah menjadi seekor ular yang akan membelit dan memakannya.
  3. Orang yang tidak mengeluarkan zakat, akan dikalungkan di leher apa yang mereka bakhilkan pada hari kiamat kelak.
  4. Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat 180 surah Ali Imran: “Janganlah sekali-kali orang yang bakhil menyangka, bahawa harta yang dikumpulkan itu akan bermanfaat baginya. Bahkan ia akan membahayakannya dalam urusan agamanya, dan juga dalam (urusan) dunianya. Pada hari kiamat, harta yang dibakhilkan itu akan dikalungkan di leher mereka.
  5. Imam Nawawi: Muslim yang duduk di tengah-tengah umat Islam sedang ia mengingkari wajibnya zakat, maka dia dihukum kafir dan diperlakukan sebagai murtad yang harus diberi hukuman. Oleh kerana wajibnya zakat ini sudah diketahui oleh umum, yang mengingkari wajib zakat ini dinilai sama seperti tidak mengakui Allah dan RasulNya dan mereka ini dihukum kafir . (rujukan al-Majmuk jilid 5 : 334) Penegasan Imam Nawawi ini diperkuatkan pula oleh Ibnu Qudamah (rujuk al-Mughni jilid 2 : 573)

Ayuh, pastikan kita yang memiliki harta yang perlu dizakat agar segera mengeluarkannya apabila cukup nisab dan haulnya.

[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button