AGAMA

Bacaan Doa Selepas Solat Saranan Menteri Hal Ehwal Agama

Kepada semua umat Islam di Malaysia, saya mencadangkan doa-doa berikut dibacakan selepas solat.

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ،

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak dimudaratkan sesuatu pun dengan namaNya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Maksudnya: “Aku memohon perlindungan daripada kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan.”

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon perlindunganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”

اللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ، وَالْأَهْوَاءِ، وَالْأَسْوَاءِ، وَالْأَدْوَاءِ

Maksudnya: “Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada kemungkaran akhlak, mengikut hawa nafsu, keadaan yang buruk dan penyakit yang berbahaya.”

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon padaMu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon padaMu keampunan dan ‘afiah.”

Semoga dengan doa, rintihan dan munajat kita kepadaNya, Allah SWT berkenan untuk memakbulkan permintaan kita ini.

Sumber: Telegram YB Senator Datuk’ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Kedudukan Ibu Dalam Islam

adminwm

Jaminan Syurga

admin

Raya Korban Perayaan Yang Istimewa

admin

Leave a Comment