“Perlukah isteri sentiasa berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami? Dan sentiasa tersenyum dan tidak boleh masam muka, dan tidak boleh meninggikan suara dan cakap lembut sentiasa. Dan layan semua kehendaknya?” “MashaAllah biar betul ustaz,” kata seorang wanita pada satu majlis ilmu. “Kalau dia menyakitkan hati kita, kalau asyik kita tak betul, dia sahaja yang betul, kalau dia buat kita macam maid dia, tak kan hendak senyum? Tak kan nak cakap lembut lagi?” Soalannya dipersetujui seluruh jemaah majlis ilmu, “Ustaz nak tahu tak, kalau jenis suami panas baran, kita cakap baik pun dia kata kita menjawab, dan kita hendak dilempangnya. Itu kalau kita tak menjawab. “Bila menjawab lebih sikit, boleh patah gigi? Dengan orang begini masih hendak sabar?” sambut seorang lagi. “Dan satu lagi ustaz, bila duduk rumah tak kan lah nak pakai baju lawa-lawa, tak kan nak bergincu kot? Kita hendak masak, mencuci, dan semua kerja rumah kena buat, mestilah pakai yang selesa kan?”
Senyum sang ustaz dengan soalan-soalan yang bertubi-tubi daripada jemaahnya. “Ada lagi yang tidak puas hati?” tanyanya lagi. “Ada ustaz, suami aje nak isterinya bercantik-cantik, jaga badan dan sebagainya, walhal dia perut buncit, dan selekeh selebeh, pakai pelikat tak berbaju.” Derai tawa seisi kelas.
Isteri Harus Berhias Dan Mempercantik Diri Untuk Suami, Ustaz meneruskan penerangannya. Ustaz tidak kata bergincu beralis mata tetapi janganlah sampai keadaan diri sang isteri itu sehingga suami nak tengok pun tidak lalu. Juga jangan sampai ia memperlihatkan keadaan yang tidak disukai oleh suami. Seorang isteri tidak boleh meremehkan kebersihan dirinya, sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Dia harus selalu mengikuti sunnah, seperti membersihkan dirinya, mandi, memakai minyak wangi dan merawat dirinya agar ia selalu berpenampilan bersih dan harum di hadapan suaminya. Hal ini menyebabkan terus berseminya cinta kasih di antara keduanya dan kehidupan ini akan terasa nikmat.”
Berhias untuk suami adalah dianjurkan selagi dalam batas-batas yang tidak dilarang oleh syar’at, seperti mencukur alis, menyambung rambut, mentato tubuhnya dan lainnya. Seorang isteri ideal selalu nampak ceria, lemah lembut dan menyenangkan suami. Jika suami pulang ke rumah setelah seharian bekerja, maka ia mendapatkan sesuatu yang dapat menenangkan dan menghibur hatinya. Jika suami mendapati isteri yang bersolek dan ceria menyambut kedatangannya, maka ia telah mendapatkan ketenangan yang hakiki dari isterinya.
Allah Ta’ala berfirman: وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ “Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” [Ar-Ruum : 21] Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, خَيْرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ، وَتُطِيْعُكَ إِذَا أَمَرْتَ، وَتَحْفَظُ غَيْبَتَكَ فِيْ نَفْسِهَا وَمَالِكَ. “Sebaik-baik isteri adalah yang menyenangkan jika engkau melihatnya, taat jika engkau menyuruhnya, serta menjaga dirinya dan hartamu di saat engkau pergi.” Seorang Isteri tidak boleh mengungkit-ungkit apa yang pernah dia berikan daripada hartanya kepada suaminya mahupun keluarganya. Kerana menyebut-nyebut pemberian dapat membatalkan pahala. Allah Ta’ala berfirman: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu merosak sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima).” [Al-Baqarah : 264]. Seorang isteri tidak boleh menyakiti suami, baik dengan ucapan mahu pun perbuatan. Seorang isteri tidak boleh memanggil suami dengan kejelekan atau mencaci-makinya kerana yang demikian itu dapat menyakiti hati suami. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لاَ تُؤْذِي امْرَأَةٌ زَوْجَهَا فِي الدُّنْيَا إِلاَّ قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الْحُوْرِ الْعِيْنِ: لاَ تُؤْذِيْهِ، قَاتَلَكِ اللهُ. فَإِنَّمَا هُوَ دَخِيْلٌ عِنْدَكِ يُوْشِكُ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا. “Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya daripada para bidadari Syurga akan berkata, Janganlah engkau menyakitinya. Celakalah dirimu! Kerana ia hanya sejenak berkumpul denganmu yang kemudian meninggalkan-mu untuk kembali kepada kami.”
“Isteri harus berbuat baik kepada kedua orang tua dan kaum kerabat suami. Kerana seorang isteri tidak dianggap berbuat baik kepada suaminya jika ia memperlakukan orang tua dan kerabatnya dengan kejelekan. Setiap isteri harus memperhatikan kedua orang tua suami dan berbuat baik kepada mereka.
Seorang isteri juga harus pandai menjaga rahsia suami dan rahsia rumah tangga. Jangan sekali-kali dia menyebar luaskannya cerita-cerita yang tidak baik seperti perangai buruk suami dan keluargannya. Isteri yang solehah tidak boleh mengkhabarkan dan menceritakan suaminya kepada orang lain, tidak membocorkan rahsianya dan tidak membuka apa yang disembunyikan dan tidak membuka aib suaminya. Dan di antara rahsia yang paling dalam adalah perkara ranjang suami-isteri. Sungguh, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang hal itu. Isteri harus bersungguh-sungguh dalam menjaga keberlangsungan rumah tangga bersama suaminya. Janganlah dia meminta cerai tanpa ada alasan yang disyari’atkan. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَالَتْ زَوْجَهَا الطَّلاَقَ مِنْ غَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ. “Siapa pun isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan yang benar, maka ia tidak akan mencium aroma syurga.”
Bersabda Baginda shallallaahu ‘alaihi wa sallam, اَلْمُخْتَلِعَاتُ هُنَّ الْمُنَافِقَاتُ. “Para isteri yang meminta cerai adalah orang munafik.” Hadis sahih. Diriwayatkan oleh ath-Thabrani, dari ‘Abdullah bin Salam. Lihat Shahiihul Jaami’ Hadits shahih: Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, daripada sahabat Mu’adz bin Jabal radhiyallaahu ‘anhu. Hadis sahih:
Sebelum kuliah berakhir, ustaz manasihatkan para isteri, “Apa yang terjadi kebiasaannya sang isteri bila hendak keluar rumah berjumpa rakan atau ke pejabat atau bila ke majlis, dia bersiap habis, menghadap cermin berjam-jam dan kadang-kadang tidak pun disedari oleh sang suami betapa lawanya isterinya. Kerana yang melihat adalah orang lain. Sebab bila balik ke rumah isteri sudah siap dengan baju buruk/selesanya, baju kelawarnya, jadi bila masa suami melihat dia cantik? Mungkin ada yang kali terakhir melihat isteri cantik masa majlis perkahwinan. Dan jikalau tujuan dia bergaya hendak menunjuk-nunjuk hukumnya haram. Namun kalau dia memang keluar bekerja mencari nafkah atau bertemu dengan klien yang mana kegiatannya disedari oleh suami dan suami memberi dia kebenaran keluar rumah, dan isteri juga patut bercantik menjaga reputasinya, ini dikira harus, sebab, dalam tugas kita perlu nampak presentable maksud saya sedap mata memandang. Tidak berlebih dan wajib menutup auratnya. Ada juga terdapat isteri-isteri yang bila keluar dengan suami dia merasakan tidak Perlu bercantik-cantik kerana dengan suami.
Masalah suami yang dia selekeh (dan tidak sepatutnya begitu), tetapi jika dia menyakitkan pandangan mata isterinya, sang isteri mesti memberitahunya, tetapi jikalau suami tidak mahu dengan malah boleh menjadikan punca pergaduhan, nasihat saya, isteri perlu menerima keadaannya. Begitu pun isteri dia tetap mencantikkan diri supaya suami tiada alasan apa pun. Tahu kah anda semua sebagai isteri dapat pahala yang besar kerana menyedapkan pandangannya dan pahala lebih besar bila dia menurut kata suami dan melayan suami sebaik-baiknya. Saya tahu ramai suami yang panas baran dan jika isteri tidak tahan diperlaku begitu, dia kena berjumpa mencari seseorang yang berilmu agama untuk mendapatkan nasihatin atau mengadu ke mahkamah syariah untuk khidmat nasihat, dan atas semua nasihat itulah sang isteri boleh memohon perceraian, jika dia takut lagi dikasari suami.”