AGAMA

16 Nama Syaitan dan Tugasnya

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Berikut adalah 16 nama syaitan serta tugasnya untuk menyesatkan manusia terutamanya umat Islam.

 

  1. Zalitun

Tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan.

 

  1. Watin

Tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada Allah.

 

  1. A’awar

Tugasnya menggoda Raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.

 

  1. Hafaf

Tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.

 

  1. Murrah

Tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membazir, yakni menggunakan banyak air untuk berwuduk.

 

  1. Masud

Tugasnya menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.

 

  1. Dasim

Tugasnya memecahkan suami isteri agar suka bergaduh dan bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehingga mudah bertengkar dan bermasam muka.

 

  1. Walahan

Tugasnya menimbulkan rasa was-was dalam beribadat, khasnya ketika seseorang itu mengambil wuduk.

 

  1. Lakhus

Tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada Allah.

 

  1. Sabrum

Tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima.

 

  1. Miswat/Maswat

Tugasnya mempercepatkan manusia untuk berbuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, disamping melengah-lengahkan berbuat amal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.

 

  1. Zaktabur/Zaknabur/Zalanbur

Tugasnya menimbulkan rasa ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.

 

  1. Khinzab

Tugasnya mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang dengan membuatkan manusia berasa was-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.

 

  1. Laqnis

Tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwuduk sehingga jadi ragu dan tidak sempurna.

 

  1. Abyadh

Syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.

 

  1. Khannas

Syaitan yang menimbulkan was-was hati terhadap adanya Allah, adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingati Allah sepanjang masa.

 

Bila kita kenal musuh utama kita, maka lebih berhati hati kita setiap saat agar kita tidak terjebak dengan tipu muslihat syaitan syaitan ini.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button