Bahana Covid-19 – Ayuh Kembali ke Jalan Allah

Rujuk surah Al-Araf 7:168 (ms 172):
“Dan kami uji mereka dengan pelbagai kebaikan dan pelbagai keburukan agar mereka kembali kepada kebenaran.”
As Sajaddah 32:21 pg 417
“Dan pasti kami timpa kan ke atas mereka sebahagian seksaan di dunia sebelum azab yang lebih besar di akhirat agar mereka kembali ke jalan yang benar.
Ingat lah Covid-19 hanya masuk dalam badan manusia dan kita mati. Kita duduk dalam rumah takut kena penyakit, takut mati. Tetapi apabila yakjud dan makjud keluar mereka akan makan manusia. Semua manusia ketakutan. Kita keluar dari rumah dan menggali tanah dan masuk dalam tanah kerana takut dimakan Yakjudmakjud.
Yassin 36:50 pg 443
Sehingga mereka tidak mampu membuat satu wasiat pun dan mereka juga tidak dapat kembali kepada keluarga – Inilah yang telah terjadi pada orang yang mati disebabkan Covid-19. Berapa ramai boleh melakukan solat jenazah untuk mereka? Berapa ramai boleh hantar mereka ke kubur? Semua pintu sekarang sudah ditutup, bukan sahaja pintu-pintu masjid tetapi juga pintu antara manusia.
Kini kita semua adalah fakir miskin. Kita ada duit tetapi tak boleh ke mana-mana , kita pemerintah negara yang kaya raya tetapi tidak boleh buat apa-apa. Allah bagi kita peluang duduk di rumah supaya kita muhasabah diri. Jadilkan surah Toha sebagai panduan. Wabak ini bukan datang dengan sendiri, walaupun manusia yang mengeluarkannya tetapi dengan izin Allah.
Nukilan seorang hamba kepadanya yang Maha Esa[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]