PERSONALITI

10 Soalan Bersama Penulis, Penyair dan Penyanyi, Umar Uzair

PADA YANG BELUM KENAL ANDA, SEDIKIT BIODATA, WHAT’S YOUR LIFE STORY?

Saya seorang penulis, penyair dan penyanyi yang telah berkecimpung dalam seni penuh pancaroba sejak 2007. Secara profesionalnya, usai di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan sekitar 2010, saya telah menghasilkan karya penulisan cerita pendek dan kumpulan puisi antaranya Di Mana Bulan Sorokkan, Rindu Ramadan Sayang Syawal dan Pesta Di Padang Jiwa (terbitan Institut Terjemahan & Buku Negara) serta membabitkan diri sebagai aktivis seni dan sastera dalam beberapa pertubuhan sastera kebangsaan. Melaluinya saya menjalankan aktiviti kepuisian dan kesusasteraan yang melibatkan para seniman sastera di dalam dan luar negara, yang diadakan bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia dan Brunei.

Jauh dari itu, dalam bidang muzik saya telah menemukan diri sebagai seorang penyanyi seawal usia tujuh tahun dan pernah disunting oleh beberapa syarikat rakaman gergasi namun hanya pada usia 25 tahun saya mula merakamkan lagu pertama Yang Aku Mahu seterusnya menghasilkan dua buah album. Sejak 2017 saya melalui syarikat sendiri iaitu Meja Poedjangga Malaysia telah menggagaskan Puitika, sebuah usaha menggemilangkan puisi dan sastera melalui persembahan muzikalisasi puisi yang menampilkan Sasterawan Negara, deklamator, artis dan seniman nasional. Ini bersempena dengan semangat Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia 2020 dan Tahun Melawat Malaysia 2020 selain bertujuan menjambatani seni sastera kepada khayalak umum.

 ANDA SUDAH PUN MERAKAMKAN ALBUM, CERITAKAN SERBA RINGKAS MENGENAI ALBUM SULUNG ANDA ITU? DAN IDEA DI SEBALIK ALBUM HASRAT SANG ENGGANG, ADAKAH SERBA SEDIKIT IA SUDAH MEMENUHI CITA-CITA SEBELUM INI?

Hasrat Sang Enggang merupakan album kedua saya lanjutan daripada album solo pertama Pintalah Aku Ke Sana pada 2016. Hasrat Sang Enggang sebuah karya yang amat intim sebagai seorang anak seni kerana selain mengambil masa yang panjang, sekitar tiga tahun, saya meneliti banyak sudut untuk menghasilkan setiap lagu. Berbeza dengan Pintalah Aku Ke Sana yang sewaktu itu usia saya lewat 20an dan bermain dengan kehendak semasa, kali ini saya sering terfikir apa yang ingin saya sampaikan kepada pendengar, apa yang ingin saya berikan kepada khalayak. Apakah melodi yang baik, apakah lirik yang sesuai kerana saya perlukan pembaharuan bukan untuk diri saya yang melepasi angka 30an, malah terjangkau kepada karya untuk bidang sastera kebangsaan itu sendiri. 

Hasrat Sang Enggang bukan saja memuatkan lagu-lagu puisi bernuansa moden tetapi meluas kepada syair dan penyampaian puisi. Memuatkan enam buah karya; Rindu Membius Separuh Logikaku, Demi Kesilapan Tenunganku Maafkanlah, Cenderawasih, Syair Burung Pungguk, Di Antara Desiran Dahan Ranting Tua Yang Gangsa selain Hasrat Sang Enggang sebagai taruhan pertama. Kalau dapat diperhalusi lagu-lagu di dalam album ini dapat memberi bayangan terhadap kedewasaan saya sebagai seorang anak seni, kematangan dalam permainan lagu dan keseimbangan sebagai penulis yang hidup dalam arus kemodenan. Mahu atau tidak saya tetap perlu mengikut sedikit kehendak masyarakat yang gemarkan kesederhanaan namun citra puisinya masih tebal.

Saya ada banyak rancangan dalam menghasilkan karya atau lagu tetapi keterbatasan saya adalah menemukan seseorang yang dapat ‘membaca’ peribadi saya dan seiring dalam tujuan penghasilan karya itu. Saya harap suatu waktu dapat bekerjasama dengan Dato’ M. Nasir kerana saya fikir beliau boleh ‘melihat’ keinginan saya. 

[thb_gap height=”40″][thb_image image=”10277″][thb_gap height=”40″]
DO YOU THINK YOU’D LIKE TO BE FAMOUS? WHAT WOULD YOU BE FAMOUS FOR? 

Sebenarnya saya telah melepasi tingkat umur yang sering mengimpikan kehidupan untuk menjadi terkenal kerana pada waktu itu saya tidak memahami konsep terkenal dengan menyeluruh. Pada saya ketika itu, popular bermaksud di kelilingi orang yang juga ternama; memiliki kemudahan untuk menghadiri ke acara hiburan yang terkenal selain secara klisenya memiliki peminat yang ramai. Semakin usia menginjak dewasa, pemahaman saya turut berubah tentang konsep menjadi terkenal. Hari ini saya masih ingin menjadi terkenal tetapi tujuannya lebih menjurus untuk dikenali masyarakat tentang perjuangan yang saya jalani dalam menggembangkan sastera dan susastera Bahasa Melayu.

Saya ingin dipandang sebagai belia (sekiranya masih boleh dikatakan begitu) yang menjadikan sastera dan keindahan seni bahasa ibunda sebagai aspek yang memungkinkannya menjadi sumber pendapatan selain mengajak masyarakat meletakkannya pada kedudukan yang dihormati. Melalui seni persembahan, lagu puisi dan karya penulisan yang saya hasilkan dengan konsep yang segar sesuai dengan kehendak semasa secara berterusan. Ada yang pernah kata saya ialah M. Nasir yang seterusnya tapi saya tak boleh menjadi M. Nasir, saya hanya akan tetap menjadi Umar Uzair. 

HARI YANG SEMPURNA PADA ANDA? 

Saya memiliki empat ekor kucing, dua ekor Bengal; Bob dan Abu serta dua ekor Turkish Angora; Buddie dan Bonnie. Bengal diketahui umum sebagai kucing yang sukar di dekati kecuali tuannya lalu apabila melihat sepasang Bengal saya; Bob dan Abu datang meminta disayangi pada setiap pagi, Buddie dan Bonnie yang mula membesar dengan keanggunan dan kemanjaannya, ia menjadikan permulaan hari saya amat bersemangat. 

Saya juga tidak cerewet dalam menjalankan aktiviti harian, kebiasaannya untuk acara penting saya akan pastikan ia telah dirapikan selewatnya sehari sebelum kejadian dan sekiranya ada hal yang datang pada saat akhir, saya akan berfikiran positif dan menganggap ia adalah aturan alam. 

[thb_gap height=”40″]
SIAPA INSAN YG PALING BERMAKNA DALAM HIDUP ANDA DAN MENGAPA? 

Terlalu ramai insan yang bermakna dalam hidup saya dan tidak dapat saya senaraikan satu persatu kerana setiap daripadanya bertindak dalam menjadikan kehidupan saya seperti apa yang ada hari ini. Memadai untuk saya sebut, semua yang hadir dalam hidup saya sama ada negatif atau positif, saya fikir semuanya memberi kesan dalam hidup saya. Mungkin satu hal yang boleh saya katakan, insan-insan yang masih setia di sisi bersama saya dalam menjalani kehidupan ataupun kelangsungan perjuangan seni ketika ini, hari ini dan esok sehingga penamatnya, merekalah yang paling bermakna. 

SIKAP YANG ANDA SENANGI PADA SESEORANG?

Saya amat gemar dengan orang yang bersikap spontan. Bagi saya orang begini adalah orang yang berani dalam bertindak dan berfikiran matang dalam membuat keputusan dan biasanya seseorang yang spontan dapat memberi keterujaan dalam sesuatu hal yang ingin dilakukan. Satu lagi sikap yang amat saya senangi ialah seseorang yang pembersih dan pengemas. Barangkali kerana saya memiliki ciri-ciri ‘visual’, maka saya suka segala hal dalam keadaan tersusun, bukan sempurna tetapi diatur dengan baik.

[thb_image image=”10278″]
[thb_gap height=”40″]
PERKARA PALING ‘CRAZY’ DAN ‘MOST OUTRAGEOUS’ YANG ANDA MAHU CAPAI? 

Kehidupan saya adalah sederhana tetapi saya sebetulnya amat suka mengembara ke negara orang. Kerana itu setiap daripada undangan yang saya terima untuk ke luar negara untuk tampil dalam persembahan dan acara rasmi akan saya hargai dan nikmati semaksimumnya, tetapi hal ini terhad untuk saya lakukan namun jika ada rezeki yang berpihak, saya fikir mengembara dari Beijing ke Moscow mengikut laluan kereta api yang melalui jajahan Mongolia adalah hal yang luar biasa untuk saya lakukan selain menjejaki kaki gunung Everest yang anggun itu. Sayang sekali sewaktu kunjungan saya ke Kathmandu, Nepal tahun lalu sempena Asia Pacific Leaders Summit 2018, saya tidak berkesempatan ke Annapurna walaupun jaraknya hanya sehari menggunakan jalan darat. Saya amat jatuh hati pada pergunungan dan cerun lekuknya, kerana itu saya fikir suatu waktu saya akan menghabiskan masa di Banjaran Himalaya. 

ANDA PENGIKUT TREND SEMASA? NYATAKAN GAYA PALING ANDA SENANGI SETAKAT INI? 

Sejak remaja 10 tahun lalu saya gemar mengikuti perkembangan fesyen dengan teliti. Kalau bercakap tentang jenama antarabangsa saya amat meminati Burbbery, Salvatore Ferragamo dan Gucci. Hari ini citarasa saya terhadap fesyen masih sama namun sedikit berubah kepada nuansa ketimuran tetapi disuntik dengan kemodenan. Dalam beberapa siri persembahan, saya suka memadankan jaket bermotif batik serta songket yang disesuaikan dengan gaya baharu (tidak hanya sebagai sarong dan baju) antaranya daripada pereka Batek by Rasta Rashid dan Maswira Majid. Saya suka dengan idea ini dan amat menyenanginya, sesuai dengan sifat dan keperibadian saya.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image image=”10280″]
WHAT IS YOUR FASHION BEST BUY? 

Kemeja putih dan hitam serta jeans lusuh kerana mudah dipadankan dengan semua keadaan. Lagipun it is never not in trend.

RUTIN KECANTIKAN ANDA? 

Saya tidak mempunyai rutin kecantikan yang khusus tetapi sebagai seorang yang berkecimpung dalam dunia hiburan yang memerlukan agar saya dalam keadaan yang bertenaga, sesibuk manapun saya akan cuba meluangkan masa selama 40 minit untuk ke gimnasium, empat kali seminggu. Selain bertujuan untuk tampil dengan tubuh yang baik, ia turut membolehkan saya mendapatkan stamina dan pernafasan yang cukup dalam persembahan dan pergerakan saya sebagai seorang nomad. 

Related posts

Where Care Meets Comfort

admin

Designer of the Month

admin

Rosli Nordin Mustika TV1

admin

Leave a Comment