Jenama solekan tempatan, SLAÉ, telah melancarkan kempen #BeTheForce untuk memberi definisi baru terhadap generasi wanita moden hari ini “to feel empowered” di dalam mengharungi rona kehidupan, pendidikan dan kerjaya. Kempen #BeTheForce ini telah berkolaborasi dengan lima universiti tempatan iaitu Multimedia University (MMU), Sunway University, Taylor’s University, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan UNIRAZAK. Kempen ini bertujuan memberi perspektif industri bagi pelajar-pelajar terlibat melancarkan aktiviti media sosial di dalam bidang penjanamaan dan penjualan dan pada masa yang sama SLAE mencari UniSLAÉFluencer yang mungkin ingin meneroka peluang sebagai ikon wanita muda. Hasil usaha pelajar-pelajar ini boleh dilihat melalui carian #unislae dan #unislaefluencer di Instagram, Tiktok dan Facebook.
Mari kita lihat akan suntikan elemen untuk memperkasa wanita dengan jenama SLAÉ:
Cushion Foundation ini mempunyai perlindungan SPF 50 PA++ untuk melindungi kulit anda dari sinaran UV, menutupi noda gelap di wajah anda dan mampu memberikan kelembaban serta tahan sepanjang hari. Tekstur-nya ringan, mudah dan cepat untuk diratakan ke kulit untuk meresap ke kulit anda. Tips solekan – pastikan anda menempel foundation ini menggunakan puff yang diberikan di empat titik wajah iaitu dahi, kedua pipi, dan dagu. Kemudian ratakan dengan cara ditepuk-tepuk dan ulangi jika perlu.
Lip Crayon ini direka seperti krayon untuk memudahkan aplikasi pada bibir supaya proses olesan gincu pada bibir terbentuk dengan elok tanpa menggunakan berus. Tampil dengan empat warna, Phenomatterna Lip Crayon merawat dan memberi nutrisi kepada bibir anda kerana dilengkapi dengan minyak avocado dan minyak biji delima. Tiada lagi bibir yang kering dan merekah akibat penggunaan gincu!. Formulanya juga tahan lama dengan tekstur yang ringan, jadi anda tidak perlu untuk re-touch berulang kali sepanjang hari. Saat dipakai, lip crayon ini juga memberikan gaya matte finish dan kemasan yang sesuai untuk newbie yang kurang berkeyakinan untuk menggunakan gincu.
Alat Solek: Wild & Wonder Eye Shadow Palette – Mariposa
Mengambil inspirasi daripada perkataan Mariposa yang berasal daripada bahasa Sepanyol dan membawa maksud rama-rama. Palette ini memberi simbol transformasi yang menggambarkan perjalanan wanita dalam menempuh cabaran hidup dan tampil lebih baik daripada sebelumnya. Pembayang mata yang dirumuskan tanpa bahan berbahaya dan kombinasi kandungan asli ini boleh disuai padan untuk solekan siang atau malam.
Layari www.slae.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SLAÉ dan untuk menjadi ejen SLAÉ yang dikenali sebagai SLAÉ Army.
Facebook: SLAE Cosmetics Instagram: slae_hq Instagram: slaearmy_hq