CANTIK

Serum Pemulihan Pantas Bintik Gelap dari Murad

Perasan tidak yang bintik gelap, tompok gelap dan tona tidak sekata lebih sukar dirawat berbanding kedutan?

Tiga masalah besar memerlukan tiga jenis produk? Kos dan kos… dalam musim covid ini. Bayangkan?

Jadi apa yang diperlukan? Produk yang bagus dan all in one!

Pakar kecantikan dari New York, Dr Murad (berasal dari Iraq) menggunakan 30 tahun kepakarannya menghasilkan serum pencerahan bintik gelap dalam satu botol. Dan lagi best, ia dalam masa yang sama dilimpahi bahan-bahan pencerah.

Murad menghantar sebotol serum yang baru mereka lancarkan, Serum Pemulihan Pantas Bintik Gelap (Rapid Dark Spot Correcting) pada saya untuk mencubanya. Setiap malam saya menggunakan dengan cara mengurut di seluruh wajah dan leher. Dan setelah sebulan bintik gelap saya sudah berkurangan, tona kulit lebih cerah dan tidak nampak bertompok seperti sebelumnya, membuat saya lebih confidence kerana tak perlu lagi menggunakan filter setiap kali memuat naik gambar di IG! Rasanya juga seperti saya menghadiri rawatan dermatologi, tetapi yang ini, tanpa kehadiran doktor.

Bercakap tentang latar belakang tentang Serum Rapid Dark Correcting Murad, Dr. Murad menghasilkannya menggunakan teknologi resorcinol Murad (teknologi yang telah dipatennya sendiri) dan serum ini dirumus dengan asid tranexamic dan asid glikolik. Adis tranexamic dikenali kerana keupayaannya untuk membantu menenangkan, mencerah dan menjana semula kulit yang kusam. Asid glikolik, satu daripada bahan pengelupasan yang pertama dan paling digemari dalam amalan dermatologi Dr.Murad, terkenal dengan tindakan pantasnya menyingkirkan sel permukaan yang kusam untuk penembusan dan penambahbaikan yang lebih baik dalam tekstur kulit. Untuk mendapatkan serum ini boleh ke www.murad.com.my

Related posts

Kim Kardashian Berkongsi Rutin Kecantikan Bernilai Lebih $4,500

admin

Lisa Surihani Berkongsi Cara Penjagaan Kulit Yang Sihat Dengan Produk Cetaphil®

admin

Hella Thicc Volumizing Mascara

adminwm

Leave a Comment