Marc Jacobs mengumumkan jurusolek Nikkie de Jager dilantik sebagai Penasihat Artistik Global yang pertama buat Marc Jacobs Beauty.
Untuk peranan yang baru diwujudkan ini, Nikkie akan diintegrasi untuk proses pembangunan produk, serta berkongsi bakat dan kepakarannya yang luar biasa dalam mengembangkan kandungan dan kesenian yang unik ke seluruh dunia melalui kedua-duanya, Marc Jacobs Beauty dan juga salurannya sendiri.
“Saya sentiasa percaya, solekan adalah satu bentuk ungkapan diri dan tidak perlu ada rasa malu untuk bereksperimen dengannya. Marc Jacobs berkongsi tagline yang serupa ‘Shameless’ untuk pendekatan kecantikan mereka, yang mana saya sangat kagumi, dan saya begitu cepat jatuh cinta dengan produk kecantikannya ketika mula-mula dihantarkan Re(Marc)able Full Cover Foundation Concentrate beberapa tahun lalu. Sejak itu, saya suka menggunakan produk Marc Jacobs Beauty dan selepas menghadiri pertunjukan fesyen mereka edisi Spring yang lalu, kami memutuskan untuk bersama meneroka bagaimana kami dapat menciptakan sesuatu yang indah bersama-sama.”