GAYA HIDUP

Hilton Garden Inn Puchong Selesa Untuk Business Travellers

Kecantikan klasik dan keselesaan moden, 25 minit dari KLIA dan 30 minit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 255 bilik dan suite tetamu, HDTV Smart 43-inci dan terletak di atas Parkson M Square Mall… ini antara tawaran menarik di Hilton Garden Inn Puchong.

Hotel ini baru saja dibuka, menawarkan pelancong perniagaan akan keseimbangan sempurna antara kerja dan keseronokan di Kuala Lumpur.

Selain kemudahan di atas tadi, hotel ini lengkap dengan Wi-Fi percuma dan pusat perniagaan 24-jam, sangat selesa untuk pelanggan menyelesaikan tugasan kerja atau jika mahukan privasi, boleh ke sudut di restoran Garden Grill kerana di situ lebih tenang.

Untuk membeli belah boleh ke IOI Mall dan Sunway Pyramid dengan perkhidmatan shuttle dan di malam hari jika mahu lebih happening boleh ke SetiaWalk Puching melepak di bar, menyanyi karaoke atau sekadar menikmati makna malam di restoran dengan jarak berjalan kaki dari hotel.

Untuk membuat tempahan e-mail kepada [email protected].

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Musang King dan Malaya Kopitiam A Proud Raub Home Brand

admin

Labu Kuning Kaya Khasiat. Digalakkan Sejak Zaman Rasulullah

admin

Pelanggan Bertuah Lelong.my Dapat Proton SUV

admin

Leave a Comment