GAYA HIDUP

BMW

Merangkap Sejarah Silam dengan Kemungkinan Hari Esok.

Komponen gril ‘kidney’ yang menghiasi setiap jentera BMW merupakan sebuah mercu yang kaya dengan sejarahnya. Ia kekal menjadi wajah bagi seluruh kenderaan Bayerische Motoren Werke sejak hampir 90 tahun yang lalu, dan reka bentuknya berubah mengikut arus peredaran masa secara dinamik berlandaskan inovasi. Atas semangat keunikan salasilah ini, BMW Group Malaysia menyingkap semula 10 pencapaian melibatkan reka bentuk gril ‘kidney’ ini dan bagaimana ia telah diadaptasi dari generasi ke generasi.

1. BMW 303 (1933).

Sebuah detik bersejarah bagi BMW dari dua segi, BMW 303 merupakan model pertama jenama ini yang membawakan enjin enam silinder, serta wajah unik yang menghiasi setiap kenderaan BMW sejak hampir 90 tahun yang lalu, dipersembahkan dalam bentuk salur masuk udara melalui gril ‘kidney’ berkembar. Meski pun gubahan radiator yang dibahagikan dengan penggalang melintang bukan sesuatu yang luar biasa dalam dunia reka bentuk automotif ketika itu, namun kereta ini berjaya mencuri perhatian dengan keunikan komponen grilnya – membulat di atas dan di bawah, serta mempamerkan jata BMW yang tersela antara arkus bentuk gril di atas. Jentera ini dikenali ramai kerana reka bentuk tersebut.

2. BMW 507 (1956).

Kereta roadster, BMW 507 merupakan jentera BMW yang pertama membawakan dua komponen saluran masuk udara bersaiz besar yang dipasang secara mendatar. Penciptanya, Albrecht Graf von Goertz, telah meluahkan kreativiti menerusi reka bentuk ‘kidney’ berkembar tersebut, yang tidak diguna pakai lagi oleh para pereka bentuk BMW yang lain sehingga tahun 1990-an, dalam pelbagai projek reka. Bagaimana pun, salur masuk udara berformat besar yang dibawakan oleh BMW 507 juga menjadi sebuah keperluan, kerana ia mustahak untuk membekalkan udara segar kepada radiator enjin V8 yang terletak di bawah bonetnya.

3. BMW 1500 (1961).

“Kelas baharu” bagi model aras pertengahan telah mencetus sebuah era baru bagi BMW dari segala aspek: teknologi, komersial, dan estetika. Gril ‘kidney’ yang menghiasi BMW 1500 adalah lebih langsing berbanding model- model BMW yang terdahulu dan terletak di antara dua gril mendatar yang menjangkaui seluruh kenderaan tersebut. Berbekalkan gril udara utama dan sekunder, BMW 1500 telah mengilhamkan rekaan sudut hadapan bagi model-model BMW teras sehingga tahun 1980-an, yang meliputi jentera-jentera ikonik seperti BMW 3.0 CS, BMW CSi dan BMW CSL.

4. BMW M1 (1978).

Model pertama yang berjatakan M secara rasmi, BMW M1 dari 1978 merupakan sebuah kes istimewa melibatkan reka bentuk ‘kidney’ berkembar ini. Reka bentuk seksyen hadapannya memanfaatkan komponen rongga udara yang berbentuk amat rata, namun masih membawakan ‘kidney’ sebagai unsur signature jenama ini. Ia merupakan iterasi yang paling kecil pernah menghiasi jentera BMW. Reka bentuk ‘kidney’ berkembar pada BMW M1 dirujuk semula bagi rekaan wajah model- model khusus BMW yang lain, misalnya BMW Z1 (1988) dan BMW 8 Series (1989).

5. BMW 3 Series (1990).

Anjakan evolusi yang seterusnya menyusul pada 1990 dengan generasi BMW 3 Series yang ketiga: reka bentuk ‘kidney’ berkembar yang digubah secara mendatar. Tidak seperti generasi BMW 3 Series yang pertama, komponen radiator tersebut sekali lagi diasingkan oleh dua bahagian. Bersegi empat dengan penjuru yang membulat, ‘kidney’ tersebut bukannya dipisahkan oleh gril, tetapi permukaan badan kenderaan itu sendiri. Reka bentuk ini dilihat pada berbilang model-model BMW tahun 1990-an – dari BMW 7 Series (1994) dan BMW 5 Series (1995), hingga BMW Z3 (1995) serta generasi yang berikutnya, BMW 3 Series (1998), dan akhirnya hingga dua generasi BMW X5 (1999) yang pertama.

6. BMW i3 (2013).

Reka bentuk wajah kereta elektrik BMW i3 merupakan salah satu contoh di mana fungsi estetika ‘kidney’ BMW menjaditumpuan utama. ‘Kidney’ berkembar yang rata dan lebar secara relatif, dengan permukaan bertutup serta sentuhan warna biru melambangkan identitinya sebagai jentera BMW dan kenderaan elektrik yang inovatif. Ciri aerodinamik BMW i3 juga dinaik taraf dengan gril ‘kidney’ bertutup serta reka bentuknya – sama seperti BMW i8 – yang menjadi sumber inspirasi bagi semua model-model elektrik BMW yang akan datang.

7. BMW 8 Series, BMW Z4 (2018).

Menerusi dua kenderaan berprestasi tinggi yang terkini oleh BMW, ‘kidney’ berkembar tahun 2018 memperoleh bentuk bingkai yang bersudut. Komponen gril – bersambung pada BMW 8 Series, dan tidak bersambung pada BMW Z4 – kini hadir dalam bentuk pentagon lebar yang mendatar. Seperti setiap coupé BMW yang baharu, sifat ketangkasan diserlahkan melalui ‘kidney’ yang “membuka ke arah bawah”, justeru menawarkan pusat graviti yang rendah secara visual. Dari segi kefungsian, gril ‘kidney’ tersebut berfungsi sebagai salur masuk udara dengan sistem kawalan kelepak udara yang ditutup bila perlu bagi mengurangkan rintangan udara. Dalam gubahan bersambung, seperti yang dilihat pada BMW 8 Series (dan model-model ‘kidney’ bersambung yang lain), sebuah kamera bagi sistem bantuan pemandu terletak di tengah-tengah pendakap yang enyambungkan kedua-dua bahagian ‘kidney’ tersebut.

8. BMW 3 Series Sedan (2018).

Dalam BMW 3 Series yang terkini, reka bentuk ‘kidney’ berkembar serba modennya menggabungkan sebilangan ciri-ciri terdahulu (‘kidney’ bersambung, permukaan lampu hadapan bersambung, bingkai berbentuk pentagon) dengan karakteristik baharu. Sebagai contoh, ‘kidney’ tersebut terletak lebih tinggi sedikit berbanding lingkungan lampu hadapan di atas, lalu menganjur ke arah bonet. Lingkungan lampu hadapan pada bahagian atas disambungkan dengan lingkungan komponen ‘kidney’, yang sejajar antara satu sama lain. Ciri varian M Performance BMW 3 Series yang paling menonjol adalah penggantian palang ‘kidney’ vertikal yang klasik oleh bentuk tirus kecil yang bersambung dengan struktur jejaring tersebut. BMW X7 dan BMW 7 Series yang terkini memiliki ‘kidney’ berkembar dengan gubahan yang sama seperti BMW 3 Series, termasuk lengkungan horizontal ke arah lingkungan bahagian atas. Bagaimanapun, dalam kedua-dua model ini, ia bersaiz lebih besar dan lebih menonjol.

9. BMW 4 Series Coupé (2020) – Titian ke Alaf Baharu.

Pembangunan ‘kidney’ berkembar yang terbaharu bagi kenderaan produksi bersiri telah diraikan di persada global menerusi perungkaian yang dibuat secara digital di studio rekaan BMW Group yang terletak di Munich, di perkarangan BMW Group Classic yang bersejarah, serta di tapak ujian BMW Group di Aschheim. Fokus diberikan ke atas ciri-ciri reka bentuk setiap elemen, termasuk ‘kidney’ BMW yang besar, menegak dan miring ke hadapan pada wajah kenderaan tersebut. Sejarah BMW menunjukkan bagaimana BMW 4 Series Coupé menjulang tradisi kereta sport jenama ini yang bertaraf ikonik. Kenderaan klasik yang luar biasa seperti BMW 328 Coupé dari tahun 1930-an, dan BMW 3.0 CS dari tahun 1970-an merupakan sebahagian daripada sejarah coupé BMW yang mengagumkan, yang dipahat oleh prestij, kenikmatan pemanduan, serta kejayaan di atas litar lumba, dan kini diperkayakan lagi dengan sebuah episod baharu.

Pada hemat pereka bentuk, Seungmo Lim yang bertanggungjawab ke atas bahasa rekaan BMW 4 Series Coupé, gubahan ‘kidney’ berkembar secara vertikal merupakan titian ke masa hadapan. “Kita memiliki sejarah reka bentuk yang hebat. Ciri istimewa yang mendefinisikan sesebuah kenderaan menjadikannya lebih mudah untuk dikenali – dan ‘kidney’ berkembar tersebut merupakan salah satu ikon jenama ini. Sungguhpun begitu, idea rekaan BMW perlu ditafsir semula dan diterjemahkan ke masa hadapan melalui proses yang berulang. Untuk mengambil langkah berani ini ke hadapan, kita telah menyingkap sejarah silam bagi BMW 4 Series Coupé yang baharu,” jelas beliau. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia turut berkongsi, “BMW 4 Series Coupé merupakan personifikasi DNA jenama BMW yang terkini. Berani menggendong panji yang dijulang oleh berbilang model-model BMW dari generasi ke generasi, ia meneruskan legasi jenama tersebut yang bertunjangkan idea reka cipta yang berhaluan hadapan, memberi penghormatan kepada sejarah silam dengan emungkinan hari esok.”

10. BMW Vision iNEXT (2018), BMW Vision M NEXT (2019).

Berbekalkan dua kereta visi, BMW Group mengimbau bagaimana model-model masa hadapan akan kelihatan dengan ciri signature jenama ini. Dalam jentera elektrik tulen BMW Vision iNEXT, komponen ‘kidney’ erkembar terus menjurusi pembangunan dari iterasi BMW i3. Permukaan bertutupnya menempatkan kamera bersofistikasi tinggi, sensor, serta teknologi lain bagi menawarkan bantuan kepada pemandu serta memudahkan automasi.

Secara internal, solusi ini juga dinamakan “shy-tech” – teknologi tinggi yang berfungsi secara tersembunyi. Dalam kereta sport hibrid, BMW Vision M NEXT, ‘kidney’ berkembar yang berstruktur teguh dilitupi dalam unsur kaca, dan permukaannya menampilkan ukiran jata BMW. Pencahayaan kedua-dua bahagian ‘kidney’ tersebut yang memanfaatkan gradien warna yang memukau juga memancarkan efek tiga dimensi – iaitu keunikan yang bakal disaksikan lagi dalam jentera BMW.

Related posts

Nikmati Keriangan Balik Kampung

adminwm

SOALAN CINTA MOHAMAD SYAKIR dan NURSAKINAH

adminwm

Travel Just Got a Whole Lot Smarter Samsung Galaxy S24

adminwm

Leave a Comment