AGAMA

Allah Memanggil Kita Hanya Tiga Kali Seumur Hidup

Ibu berkata… “Allah hanya memanggil kita tiga kali saja seumur hidup.” Keningku berkerut… “Sedikit sekali Allah memanggil kita..?”

Ibu tersenyum. “Kamu tahu tak apa tiga panggilan itu?” Saya menggelengkan kepala.

1) “Panggilan pertama adalah azan,” ujar ibu.

‘Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan pada umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan AzanNya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari kiamat nanti.

Saya terpaku. Mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meeting lah, mengajarlah dan lain lain. Masya Allah.”

Ibu meneruskan lagi….

2) “Panggilan yang kedua adalah panggilan umrah / haji.

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’. Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam.

Ketika kita mengambil niat haji / umrah, berpakaian ihram dan melafazkan ‘Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan’, sesungguhnya kita pada masa itu menjawab panggilan Allah yang kedua.

Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

Allah berkata, laksanakan haji / umrah bagi yang mampu’.

Mata saya semakin berkaca-kaca. Subhanallah. Saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat daripada yang saya rancangkan. Alhamdulillah.”

3) “Dan panggilan ketiga adalah kematian.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.”

Jawablah tiga panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah. Insya Allah syurga adalah balasannya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button