Cerita ArtistGAYA HIDUP

Aina Abdul Bijak Melawan Arus Dalam Penampilan

Aina Abdul Bijak Melawan Arus Dalam Penampilan

Irama dan lagu antara gubahan seni yang tidak dapat dipisahkan, begitu juga muzik dan fesyen. Simbiosis yang cukup kuat inilah yang melahirkan kegemilangan ikon seni.

Jika ditanya siapakah penyanyi yang berani kini bereksperimen di dalam  fesyen, sudah tentu jawabnya Aina Abdul, yang menduduki tangga pertama. Bijak melawan arus di dalam berpenampilan ketika membuat persembahan, ternyata gaya Aina sering kali menjadi bualan peminat.

Sudah tentu penampilan Aina yang menyampaikan lagu Nafas Cinta bersama Khai Bahar ketika membuat persembahan di Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 36 yang  berlangsung baru-baru ini mencuri tumpuan netizen. Tampil berani dalam busana ibarat  pokok  bunga hasil daripada pereka terkenal Melinda Looi.

Apa yang menarik perhatian saya terhadap gaya ini adalah bukan sahaja keberaniannya tetapi busana yang ditampilkan itu mengingatkan saya kepada hasil rekaan mendiang Alexander McQueen pada salah satu karya agungnya.

Aina yang memenangi vokal terbaik di AJL ternyata menjadi bualan bukan hanya sekadar pada vokalnya, tetapi yang mungkin meninggalkan kesan adalah pada penampilannya ketika membuat persembahan. Aina seakan tahu bagaimana mencari peluang mendapat viral dan perhatian netizen.

Aina ialah bekas protege Ella dalam program Realiti Mentor. Seorang penyanyi cukup berbakat dalam menghasilkan lagu dan mengubah muzik, dan yang paling penting penyanyi ini juga bijak mengatur langkahnya dalam industri muzik apabila mampu bergerak solo dalam mengembangkan kerjaya muziknya

Pic kredit

Vogue runway, google dan Aina Abdul

Related posts

Garnier Malaysia Memperkasa 1,000 komuniti melalui program Penyumberan Perpaduan

adminwm

Kanser Usus

admin

Diana Danielle Duta Traveloka  di Malaysia

adminwm

Leave a Comment