41 Akhlak Rasulullah (S.A.W) Yang Patut Kita Cuba Contohi
١. Baginda selalu diam. ٢. Berbicara ketika perlu. ٣. Perbicaraannya fasih , ringkas tetapi padat . ٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang. ٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt). ٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’. ٧. Berfikir terus-menerus. ٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya. ٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka , Baginda akan makan. Jika tidak , ditinggalkannya tanpa mencelanya. ١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia. ١١ . Marah bukan kerana nafsu . ١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan , Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya. ١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka. ١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata. ١٥ . Tidak pernah berkata kotor , berbuat keji dan melampaui batas. ١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar. ١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada . ١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt. ١٩ . Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma’siat. ٢٠ . Di rumah , Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian , memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri. ٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri , Baginda selalu berzikir . ٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria , perangainya dapat dicontohi dengan mudah , lemah lembut & peramah. ٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar , berteriak-teriak , lebih-lebih lagi mencela orang lain. ٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi ; perselisihan , bongkak & segala yang tidak diperlukan. ٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain. ٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain. ٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala. ٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka. ٢٩ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya. ٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga. ٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka. ٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu , pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut. ٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih . Baginda adalah ayah bagi mereka semua . ٣٤ . Dimanana pun Baginda berada , disitu terpancar cahaya ilmu , sikap malu & sabar serta amanah . ٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda . ٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua , menyayangi yang kecil , mengutamakan orang yang ada hajat , menjaga keperluan & kebajikan orang asing. ٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong , Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri. ٣٨ . Paling berlapang dada. ٣٩ . Paling tepat dalam berbicara. ٤٠ . Paling halus keperibadiannya. ٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.
(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki) .ماشاء الله تبارك الله .
اللهم صل على سيدنا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه وسل