GAYA HIDUP

Pencegahan Kanser

Setiap manusia mempunyai sel kanser di dalam badan. Kanser tercetus apabila berbilion sel-sel kanser berkumpul lantas dapat dilihat oleh doktor. Jika doktor anda memberitahu bahawa tiada lagi sel-sel kanser di dalam badan selepas menjalani perubatan, ia bukan bermakna sel-sel kanser itu terhapus. Cumanya sel-sel itu tidak dapat dilihat kerana telah berpecah namun masih ada di dalam badan. Penyakit kanser ini boleh didapati oleh seseorang dalam lingkungan 6 kali ke 10 kali sepanjang hayat.  Apabila imunisasi seseorang itu kuat, maka sel-sel ini akan berpecah dan tidak berkumpul untuk menjadi tumor.

Orang yang menghadapi penyakit kanser adalah orang yang mempunyai imunisasi yang lemah dan kekurangan nutrisi. Ini boleh disebabkan oleh genetik, faktor persekitaran, makanan dan juga gaya hidup yang tidak sihat. Untuk menjaga tahap nutrisi anda, diet yang seimbang perlu diamalkan. Cara pemakanan yang sihat perlu dikuti dan ditambahkan dengan supplement untuk menguatkan imunisasi anda.

Chemotheraphy adalah rawatan kanser yang meracuni pertumbuhan sel-sel kanser di dalam badan. Namun begitu, kaedah rawatan ini juga sekali gus mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang, hati, jantung, paru-paru dan organ dalaman yang lain. Radiasi dari rawatan chemotherapy bukan sahaja membinasakan sel-sel kanser tetapi juga membakar sel-sel sihat, organ dalaman dan juga tisu yang berada di dalam tubuh manusia.

Terdapat cara yang lebih efektif untuk pencegahan kanser. Bak kata pepatah, cegah itu lebih baik daripada mengubati. Trend yang sedang hangat kini ialah menggantikan gula dengan bahan lain seperti NutraSweet, Equal, Spoonful dan lain-lain. Bahan gentian gula ini diperbuat daripada Aspartame dan ianya adalah amat merbahaya kepada manusia. Jika anda ingin menggantikan gula di dalam masakan atau minuman anda, adalah lebh menggunakan madu manuka atau molases. Tetapi, perlu diingatkan kuantiti yang diambil haruslah sedikit sahaja. Berlebihan akan mendatangkan kemudaratan pada kesihatan anda. Begitu juga dengan garam yang biasa anda gunakan di dalam masakan. Garam yang bewarna putih yang biasa digunakan itu telah dicampur dengan bahan-bahan kimia yang lain menyebabkan ianya tidak elok dimakan. Sebagai alternative, anda boleh menggantikan garam dengan garam laut yang diambil secara semula jadi tanpa campuran bahan-bahan kimia.

Produk tenusu akan mengakibatkan pertumbuhan mucus di dalam badan dan ini menyebabkan sel-sel kanser akan menjadi lebih aktif. Kurangkan mengambil produk tenusu dan gantikan ia dengan susu soya untuk pilihan yang lebih sihat. Sel-sel kanser juga lebih aktif di dalam persekitaran asid. Jika anda penggemar daging seperti daging lembu dan ayam, dinasihatkan anda kurang mengambil daging kerana diet sebegini menyebabkan asid berlebihan di dalam badan anda. Tidak dilupakan, daging-daging ini juga telah disuntik dengan hormone yang menyebabkan ianya berbahaya jika diambil dengan berlebihan.

Diet pemakanan yang sihat sepatutanya terdiri daripada 80% sayur-sayuran, kekacang dan gandum. Jus dari sayur-sayuran mempunyai enzim yang boleh menggalakan pertumbuhan sel-sel yang sihat di dalam badan. Anda juga digalakkan mengambil sayur-sayuran secara mentah dua atau tiga kali sehari. Tetapi, harus diingatkan untuk membasuh sayur-sayuran anda dengan bersih sebelum dimakan.

Elakkan meminum kopi, teh dan mengambil coklat secara berlebihan kerana ianya mengandingi kandungan kafein yang tinggi. Sebagai alternatif, anda dinasihatkan meminum teh hijau kerana teh hijau mempunyai bahan yang boleh melemahkan sel-sel kanser. Anda juga dinasihatkan untuk meminum air yang ditapis dan elak minum sir suling kerana terdapat bahan-bahan toksin yang tidak elok.

Untuk membina sistem imunisasi badan yang kuat, anda perlu mengambil suplemen-suplemen seperti IP6, Flor-ssence, Essiac, EFAs, vitamin-vitamin dan sebagainya. Suplemen-suplemen ini dapat meningkat sistem imunisasi anda disamping menghapuskan sel-sel kanser. Selain pengambilan suplemen dan vitamin, anda juga perlu mengikuti gaya hidup yang sihat. Pastikan anda bersenam setiap hari dan latih mengambil nafas dalaman supaya oksigen sentiasa cukup di dalam badan anda. Terapi oksigen juga adalah salah satu cara untuk menghapuskan sel-sel kanser.

Selain fizikal, kanser juga adalah penyakit minda dan rohani anda. Pastikan anda sentiasa berfikiran positif dan elakkan persekitaran yang negatif. Ia memang sukar dilakukan, namun begitu pastikan anda mendapat pengisian rohani yang cukup contohnya, mendalami ilmu agama supaya dapat memupuk persekitaran yang baik-baik. Belajar untuk bersabara dan belajar memaafkan diri anda sendiri dan juga orang lain agar fikiran anda tidak terlalu runsing.

Related posts

Malam Berinai

adminwm

Kes Penyakit Mental Di Tahap Kronik

Mahani Awang

Saya Akan Mengenang Mak Pada Setiap Detik Nafas Yang Saya Hela

Ana

Leave a Comment