GAYA HIDUP

Penawar Kencing Manis

Bawang putih menjadi ubat kepada segala macam penyakit, mudah diperolehi dan mengenakkan masakan kita. Di Timur Tengah khasnya telah lama diamalkan oleh orang Arab sejak turun temurun bagi mengstabilkan kadar gula dalam badan tanpa insulin.
Bawang putih bersama bahan lain di dapur anda boleh membantu merawat dan mencegah penyakit kencing manis yang menghantui masyarakat kita.

Resepi Penawar Kencing Manis
5 ulas bawang putih
1 biji buah lemon
2 inci halia
1 sudu besar madu

Caranya
Hiris nipis lemon, halia dan bawang putih tadi. Kemudian didihkan 500ml air. Setelah air mendidih masukkan bahan secara berperingkat dimulai dengan lemon, kemudian halia dan yang terakhir bawang putih.

Masak selama 10 minit kemudian tapis. Biarkan air tadi sejuk dan masukkan sesudu madu.

Minum air campuran madu tadi semasa perut kosong, seeloknya pada waktu pagi. Insha Allah tekanan gula dalam darah akan turun dan stabil seperti biasa.

Khasiat Lemon
Sebagai anti bakteria dan anti virus
Mempunyai anti oksida yang tinggi
Mengurangkan lemak
Menguruskan badan
Dapat meningkatkan hidrasi dan berikan tenaga.
Mencantikkan kulit
Membantu penghadaman makanan

 

Khasiat Halia
Memperbaiki saluran darah dalam badan
Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus
Mengurangkan ketidakselesaan perut
Mencegah barah usus
Mengurangkan sakit dan radang
Rawatan untuk kanser ovari
Menguatkan imuniti badan
Mengurangkan morning sickness

 

Khasiat Bawang Putih
Mencegah keracunan makanan
Mengubati jangkitan kulat pada kulit
Menambahkan tenaga dan stamina
Mencegah serta mengubati demam dan selesema
Mengawal berat badan
Menjaga jantung dan menurunkan kolestrol serta tekanan darah tinggi
Mengurangkan angin dalam badan


Lagi satu selepas beberapa hari mengamalkan minuman resepi penawar kencing manis ni digalakkan anda mengambil bacaan gula untuk mengetahui keberkesanan resepi ini.


Sumber: Islamituindah info Via Keluarga Till Jannah

Related posts

Resipi Nasi Sesuai Berbuka Puasa

adminwm

Pisang Baik Untuk Kesihatan

admin

#BigStage2022 Adakah Tular Lebih Penting Daripada Maruah Seorang Penghibur?

adminwm

Leave a Comment