GAYA HIDUPSIHAT

Minyak Sapi dan Khasiatnya

Aidilfitri menjelang. Apakah makanan paling banyak dihidangkan kepada ahli keluarga selain ketupat lemang? Sudah tentu aneka jenis lauk dan nasi. Nasi Beriani, nasi Kasbah, nasi minyak dan pelbagai jenis lauk yang kita gunakan ghee atau minyak sapi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap lagi beraroma. Malah pelbagai jenis biskut dan kuih juga menggunakan minyak sapi.

Tahukah anda dari mana kah minyak sapi itu diperolehi. Dan mengapa kita memilih menggunakan minyak sapi dalam pelbagai hidangan khasnya bila memasak biraini dan gulai kambing.

Minyak sapi atau minyak samin, Bahasa Inggeris: ghee – Hindi घी, Urdu گھی, Punjabi ਘੋ, Kashmiri ग्याव/گیاو – daripada Bahasa Sanskrit: घृत ghṛtə “terenjis”) dikelaskan sebagai lemak daripada susu lembu (atau “sapi”) yang bersifat lebih jernih atau cair. Minyak sapi dipercayai bermula dibuat di India, yang digunakan sebagai bahan tambahan makanan atau bahan perisa makanan untuk masakan orang India dan juga orang Mesir.

Minyak sapi dibuat daripada mentega tanpa garam yang direneh yang diletakkan dalam periuk sehingga kesemua air telah habis dididih dan sehingga protein mendap atau mendak ke bawah. Kemudian, cecair lemak susu dicedok perlahan-lahan tanpa mengganggu mendakan susu yang berada di bawah. Tidak seperti mentega, minyak sapi mampu bertahan lama dalam simpanan walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk. Namun, ia perlu diletakkan dalam simpanan yang kedap udara bagi mengelakkan daripada pengoksidaan dan supaya dapat dikekalkan kelembapannya.

Peristilahan

Minyak sapi merupakan istilah lazim dipakai di Malaysia (melalui Bahasa Malaysia) dan Singapura – ‘sapi’ di sini merujuk kepada suatu jenis lembu,:maksud I khususnya spesies Bos indicus, namun bahasa baku dipakai Indonesia lebih menggunakan nama ‘sapi’ untuk haiwan lembu secara umumnya – Indonesia lebih menggunakan ‘minyak samin’[2]:samin yang datang daripada perkataan bahasa Arab سمن‎ samn yang bermaksud ‘lemak’.

Ciri-ciri

Minyak sapi perlu disediakan atau dihasilkan pada suhu bilik dan dijadikan sehingga separa cair atau cecair. Minyak sapi yang dianggap bermutu baik tampak berwarna kuning keemasan. Penyediaan minyak sapi mungkin boleh berlarutan dari sependek satu tahun hingga selama diingini mendapat mutu yang dikehendaki iaitu melalui proses pengasingan air dan susu pejal (atau pepejal susu) sehingga warna seperti putih telur terhasil bagi bertujuan untuk proses membenarkan kulat atau mikro untuk membiak pada kadar sederhana.

Minyak sapi mempunyai takat asap sangat tinggi dalam julat suhu 190-250°C, maka minyak ini selamat digunakan tanpa menghilang warna dan tanpa menimbulkan rasa hangit atau hangus pada masakan di mana ia juga sesuai dijadikan bahan menggoreng.

Proses penyediaan

Pepejal susu atau susu beku akan dibentukkan seperti mentega yang mana krim diasingkan sehingga mentega disejat dan dibiarkan sedikit untuk memisahkan bahagian susu yang penuh air, dadih susu (whey) akan terhasil dalam penyejatan tersebut.

Haba api yang kecil memanaskan mentega tercair sehingga lapisan buih-buih putih timbul di permukaan; cecair mentega yang diperolehi akan ditapis atau dikaut supaya buih-buih putih tidak termasuk sekali. Mendakan yang tertinggal selalunya boleh digunakan begitu sahaja mahupun diperisakan dengan rempah ratus.

Keagamaan

Hindu

Penggunaan minyak sapi digunakan sebagai minuman untuk tuhan dalam ritual Yajurveda, malah ada gita puja (hymn) untuk dinyanyikan untuk minyak sapi tersebut. Penggunaan minyak sapi ada digunakan dalam pemujaan Aarti. Ia biasa digunakan ketika perkahwinan dan pengebumian, dan juga untuk memandikan berhala ketika penyembahan. Minyak sapi yang digunakan untuk sembahyang Shiva pada Maha Shivaratri, diberi kepada tuhan bersama-sama gula, susu, tairu dan madu. Bahan ini turut dicatat dalam Mahabharata sebagai asas bahan korban oleh Bhishma.

Islam

Dalam kesihatan pemakanan Islam, minyak sapi dikatakan mampu membantu kecerdasan dan kecerdikan otak.

Perubatan Ayuverda

Ayurveda menerangkan setiap fikiran dan badan berlainan kepentingan. Sebagai contoh:

Penyerapan: Minyak sapi merupakan bahagian yang perlu ada dalam pembuatan herba ayurveda. Hal ini kerana, minyak sapi boleh berpaut dengan khasiat bahan minyak cair dan herba untuk masuk ke dalam tubuh. Ia dipercayai dapat meningkatkan tenaga herba yang dibawa oleh komponen aktif ke bahagian dalam sel dan mengeluarkan kepentingan yang amat berguna.

Penghadaman: Dapat membantu asid gastrik, dan bantu mengekal dan memulihkan barisan mukus dalam perut.

Kesan terbakar ringan: Dapat mengelakkan gelombong di kulit

Minda: Dapat meningkatkan pembelajaran dari segi ingatan dan ingatan semula.

Seksual: Ia dipercayai meningkatkan kekuatan kelelakian dan seks.

Kontroversi

Kegunaan

Pemakanan

Orang Mesir menggunakan bahan ini sebagai ganti mentega untuk memasak. Manakala di Malaysia minyak sapi banyak digunakan dalam masakan yang berasal dari India, Pakistan dan Timur Tengah. Ia juga sebagai menggantikan margarin atau mentega. Ada mengatakan, nasi beriani tidak mungkin lazat tanpa menggunakan minyak sapi.

Di Malaysia, pada 2010, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pernah menarik balik sijil halal bagi satu jenama minyak sapi kerana dipercayai mengandungi campuran unsur yang meragukan.[7] Ia kemudian kembali disahkan halal oleh JAKIM berikutan penyerahan Sijil Pengesahan Halal JAKIM selepas pemeriksaan semula.[8]

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Related posts

OPPO To Bring Families Together

admin

Catatan Terakhir Pamela Anderson

adminwm

23 Hottest Hilton Properties to Explore in 2023

admin

Leave a Comment