GAYA HIDUPSANA-SINI

Istimewa Ramadan: Sajian Ramadan Ala ‘Pasar Malam’ Di Restoren Riverside, PWTC

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini memperkenalkan bufet ‘Selera Ramadan di PWTC’ yang menawarkan lebih 300 juadah makanan termasuk 24 gerai makanan berkonsepkan pasar malam bertempat di Restoran Riverside, PWTC sepanjang bulan Ramadan ini.

Antara menu khas ‘Pasar Malam’ di 24 gerai ialah apam balik, char kuetiau, putu piring, nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti John, aneka jenis kuih Melayu, roti canai dan murtabak, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang, cucur pisang, sate, yong tauhu, cakoi, tauhu bakar, rojak dan rojak buah serta air tebu dan air mata kucing.

Sambil menikmati juadah pengunjung akan dihiburkan dengan alunan muzik dan nyanyian oleh Kumpulan Picha-Picha Featuring Linda Eva. Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah  bersama Imam di Surau Ar-Rahman, Aras 3 di PWTC. Telekung dan sejadah disediakan.

Related posts

Bigo Live Malaysia Lancar ‘Tilawah Bersama Bigo’

admin

BMW Malaysia Merungkai Dimensi Ketangkasan Baharu Menerusi BMW X3 sDrive20i.

admin

Kisah Caregiver @KanWork

admin

Leave a Comment