GAYA HIDUPSANA-SINI

‘Gifts of the Forest’

Nespresso bekerjasama dengan Johanna Ortiz, seorang pereka fesyen dari Colombia untuk mempesonakan para peminat kopi dengan pelancaran koleksi Festive

ilhamkan daripada hutan.

Berbekalkan inspirasi kecantikan dan misteri hutan semula jadi, koleksi ‘Gifts of the Forest’ daripada Nespressomempamerkan dedikasi jenama tersebut terhadap persekitaran yang amat berharga di mana kopi ditanam. Koleksi ini menampilkan rangkaian kopi edisi terhad, bersama aksesori bertemakan perayaan, menjadikannya pilihan hadiah menarik buat keluarga dan rakan-rakan. Peminat kopi juga boleh memberi hadiah tersebut dengan senang hati pada musim perayaan ini kerana Nespressoakan menyumbang semula kepada hutan, melalui inisiatif jenama tersebut yang menjangkau komitmen perhutanan taninya dengan membantu melindungi 10 juta batang pokok di Amazon.

Bagi menghasilkan koleksi edisi terhad tersebut, Nespresso bekerjasama dengan pereka fesyen mewah dari Colombia, Johanna Ortiz, untuk menghasilkan beberapa rekaan inovatif yang mengadunkan unsur-unsur alam semula jadi dengan kelestarian untuk membawa pecinta kopi melangkah ke dunia perayaan Nespresso.

Johanna Ortiz berkata, “Bagi saya, rekaan dan alam semula jadi amat serasi dan inilah sebabnya kolaborasi ini cukup bermakna buat saya. Kopi Colombia juga amat istimewa buat saya dan sebagai penyokong kuat usaha menangani perubahan iklim, usaha sama ini amat bermakna kerana Nespressomengambil inisiatif yang melebihi komitmen perhutanan taninya dengan menyokong perlindungan 10 juta pokok di Amazon. Sewaktu menghasilkan koleksi ini, saya telah merakamkan keindahan hutan dalam setiap rekaan, dengan menggabungkan sudur hutan yang kaya dengan tona warna bumi yang gelap. Pengalaman ini merupakan satu proses dan usaha sama hebat yang amat menyeronokkan buat saya.”

Terokai rangkaian kopi Forest Variations Nespresso

Dari buah-buahan ke sudur hutan yang dihiasi pelbagai spesis pokok, rangkaian kopi Festive tahun ini menampilkan dua kopi berperisa dan satu kopi hitam. 

Temukan aroma misteri Forest Black

Sudur hutan meliputi kopi Forest Black untuk melindungi aroma yang tersembunyi di dalam setiap biji kopi. Temui keunikan campuran kopi yang ditanam di bawah teduh dari Colombia dan beberapa lokasi lain. Espresso yang pedas dengan aroma kayu eksotik akan membawa tunas rasa anda meneroka pedalaman hutan.

Nikmati rasa buah beri Hutan dengan perisa Forest Fruit

Seperti permata yang menghiasi lantai hutan, buah-buahan hutan adalah hadiah daripada pokok kepada kita. Aroma buah beri menyerikan espresso berperisa ini manakala karakter biji kopi Arabica dari Amerika Selatan menyuntik rasa pastri manis yang menimbulkan suasana perayaan.

Raikan khazanah pokok dengan perisa Forest Almond

Forest Almond adalah perisa kegemaran peneroka hutan musim ini. Dengan perisa kekacang manis yang diadun sempurna dengan biji kopi Arabika dari Amerika Selatan di dalam espresso ini, bersedialah untuk menemukan rasa badam yang digabungkan dengan vanila dan sedikit rasa buah-buahan di dalam karakter bijirin halus kopi ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button