GAYA HIDUPSANA-SINI

Ganjaran RM1 Juta Menanti Pembeli-Belah

Bulan Mac ini, Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) menawarkan ganjaran kepada para pembeli-belah atas kesetiaan dan sokongan mereka melalui kempen Ultimate Spin & Win, dengan baucar serta hadiah bernilai lebih daripada RM1 juta untuk dimenangi. 

Hampir setahun sudah berlalu sejak negara kita dan seluruh dunia dilanda dengan dugaan yang amat besar akibat penularan wabak semasa, dan Sunway Malls berhasrat untuk menunjukkan penghargaannya kepada mereka yang terus menjadikan rangkaian pusat beli-belah ini sebagai destinasi gaya hidup pilihan masing-masing.

HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks berkongsi, “Kami di Sunway Malls bersedia untuk memberi khidmat kepada komuniti di sekeliling kita, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar ini. Selain menyediakan ruang yang selamat untuk para pengguna membeli-belah, pusat beli-belah kami juga mewujudkan sinar dalam kekelaman situasi semasa. Kami ingin menganjurkan kempen ini sebagai tanda penghargaan kepada para pembeli-belah atas sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan oleh mereka, serta sebagai simbol solidariti bersama para peruncit kami yang sedang melalui liku cabaran yang besar.”

Mulai hari ini hingga 4 April, kesemua pusat beli-belah (kecuali Sunway Giza yang akan memulakan kempennya pada 19 Mac, dan Sunway Citrine Hub pada 20-21 Mac) akan menyaksikan setiap pembeli-belah membawa pulang hadiah atau baucar apabila mereka mengambil bahagian dalam Ultimate Spin & Win. Pembeli-belah hanya perlu membelanjakan jumlah minimum RM250 (RM150 bagi Sunway Giza) dalam dua resit, yang akan melayakkan mereka untuk memutar roda ganjaran di pusat beli-belah tersebut.

Roda berkenaan akan menentukan ganjaran yang bakal dimenangi oleh para peserta, yang terdiri daripada baucar beli-belah dan produk-produk yang ditaja oleh para penyewa yang mengambil bahagian dalam kempen ini seperti Brooks, L’Occitane, Oris, Origins, Samsonite, Yves Saint Laurent, Sulwhasoo, Tomei, Under Armour, Unilever, Watson’s, City Chain, Aveda, Li-Ning, Ogawa, Sony Centre, Braun Büffel, Oppo, Nescafe Dolce Gusto, Realme dan lain-lain.

Pusat Beli-BelahTatacara
Sunway Pyramid Sunway Putra Mall Sunway Carnival Mall Sunway Big Box 10 Mac – 4 AprBelanjakan RM250 dalam maksimum 2 resit untuk memperoleh 1 putaran.   RM 250 – RM 499.99 – 1 putaran RM 500 – RM 749.99 – 2 putaran RM 750 dan ke atas – 3 putaran *Maksimum 3 Putaran setiap hari
Sunway Velocity Mall 10 Mac – 4 AprBelanjakan RM250 dalam maksimum 2 resit untuk memperoleh SATU (1) Putaran

Kumpul 250 mata ganjaran Sunway Pals untuk memperoleh SATU (1) Putaran
Sunway Giza Mall 19 Mac – 4 AprBelanjakan RM150 dalam maksimum 2 resit untuk memperoleh 1 putaran.   RM 150 – RM 299.99 – 1 putaran RM 300 – RM 449.99 – 2 putaran RM 450 dan ke atas – 3 putaran *Maksimum 3 Putaran setiap hari
Sunway Citrine Hub 20-21 MacBelanjakan RM250 dalam maksimum 2 resit untuk memperoleh 1 putaran.   RM 250 – RM 499.99 – 1 putaran RM 500 – RM 749.99 – 2 putaran RM 750 dan ke atas – 3 putaran *Maksimum 3 Putaran setiap hari

Bukan itu sahaja, pembeli-belah yang mengambil bahagian dalam peraduan Spin & Win ini juga akan menyertai Cabutan Bertuah secara automatik yang menyajikan pelbagai hadiah menarik daripada pusat-pusat beli-belah tersebut seperti TV, telefon pintar, Playstation 5, jam tangan pintar, kerusi urut, fon kepala, produk kecantikan, katil Agro-Air Comfort oleh Napure (bersaiz queen), dan set LEGO.

Beli-belah secara bijak dan selamat

Dengan pemansuhan PKP yang terkini, lebih banyak sektor perniagaan diberi kebenaran untuk membuka dan menawarkan produk serta perkhidmatan mereka kepada masyarakat umum. Di kesemua pusat beli-belah Sunway, para peniaga yang menawarkan hiburan, perkhidmatan kecantikan dan pusat mengurut kini telah membuka operasinya, maka pembeli-belah boleh mengunjungi pusat beli-belah berkenaan untuk menikmati tawaran pembukaan semula yang eksklusif oleh jenama-jenama kegemaran mereka.

Related posts

It’s tranquillity in your kitchen

adminwm

OPPO 10 Most Innovative Asia-PacificCompanies of 2023 by Fast Company

adminwm

Stylish OPPO A16K at just RM499!

adminwm

Leave a Comment