1. Merahkan Bibir
Kupas halia muda, kemudian tumbuk separuh hancur. Sapu halia tumbuk ini pada bahagian bibir. Amaran!! Elak menggosoknya dengan kuat. Amalkan petua ini sekali sehari bagi membuang kulit mati dan jadikan bibir kemerahan bak delima.
2. Buang Angin & Toksin
Khasiat halia seterusnya adalah bagi membuang angin & toksin di dalam badan. Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh (kalau teh hijau lagi bagus), elak memasukkan gula untuk menjaga kesihatan Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan bebas terbuang dan badan pun kembali segar.
3. Langsingkan Badan.
Halia jugaI bertindak melangsingkan badan. Halia boleh membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi. Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas, madu dan juga sedikit perahan air limau nipis. Amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong dijamin akan merasai perbezaan.
4. Menghilangkan Bau Badan
Ramai wanita yang alami masalah ini. Untuk mengatasinya amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur. Jika tidak mampu mengunyah kerana sangat pedas gunakan halia dalam masakan seharian anda.
5. Menaikkan Seri Wajah.
Buat bakal pengantin ini petua bagaimana untuk menaikkan seri wajah. Caranya mudah sahaja, ketuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas dalam 300ml. Minumlah setiap pagi, ini akan membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas, sekaligus menaikkan seri wajah.
6. Bersihkan Kulit
Nak kulit mulus bersih cuba petua ini. Tumbuk halia, campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering. Satukan bahan ini, bancuh sehingga pekat dan boleh dijadikan luhur.
7.Redakan Tekanan
Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan tekanan darah dan memulihkan dalaman badan. Amalkan minum air halia dengan madu setiap hari, pasti anda dapat merasai kelainan dan wajah juga tubuh tampak segar. Sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi.