Kabinet Privé melancarkan koleksi baru, beg tangan mewah pre-loved yang menampilkan seleksi tas tangan, antaranya yang terdapat hanya satu unit (di dunia) dan edisi terhad dari pelbagai rumah fesyen antarabangsa.
Pengasas dan CEO Kabinet Privé, Dato’ Sri Rozita Ramelan menjelaskan, “Perkenalan KPX adalah bagi memenuhi permintaan pelaburan yang semakin meningkat di pasaran mewah. Semua item yang terdapat dalam koleksi ini disediakan untuk kami secara eksklusif oleh pengumpul peribadi yang yang telah bekerja dengan kami untuk dekad yang lalu.” Tambah beliau lagi, “Di Kabinet Privé, misi kami adalah untuk menjadi destinasi satu-hentian-membeli-belah untuk semua barangan mewah, dan dengan KPX kami dapat berfungsi sebagai pusat pertukaran antara pengumpul peribadi yang berminat sama ada untuk membeli atau menjual barangan mewah mereka di pasaran sekunder dengan penuh keyakinan.”
Mensasarkan pengumpul serius, Kabinet Privé X atau KPX, menawarkan pelbagai rangkaian beg tangan pereka termasuk yang istimewa salah satunya dari Chanel iaitu 2011 Pre-Fall Byzance Evening Clutch dan Limited Edition Twisted Mirror Runway Bag.
Peminat rumah fesyen Chanel juga pasti teruja dengan item ikonik seperti Reissue 2.55 dalam pelbagai gaya daripada kulit buaya yang eksotik hingga kulit bersulam dan bersekuin. Koleksi ini turut menawarkan model-model timeless seperti beg Boy dan beg flap dalam warna dan material berbeza.
Selain itu, terdapat juga seleksi pre-loved Hermes seperti edisi terhad kulit eksotik tiga warna dan beg pesanan khas horseshoe stamped (HSS). Untuk memastikan kawalan dan jaminan kualiti, Kabinet Privé menyediakan penggredan skala enam mata bagi menerangkan keadaan barang-barang yang terdapat dalam koleksi pre-loved ini.
Sebut Dato’ Sri Rozita, “Setiap item yang diserahkan kepada kami telah menjalani proses pemeriksaan yang menyeluruh di mana kami bukan sahaja memeriksa keaslian barang, tetapi juga meletakkannya mengikut gred berdasarkan kondisi dan tanda-tanda pemakaian dan penggunaan, yang mana gred satu (1) untuk yang baru dengan pembungkusan asli yang masih utuh hingga enam (6) untuk item yang berada dalam keadaan yang kurang elok atau rosak.”
“Pengumpul barangan mewah mendapat manfaat daripada pasaran jualan semula dalam talian yang sedang berkembang pesat, tetapi pada masa yang sama, mereka terdedah kepada risiko produk tiruan, penipuan transaksi dan sekatan logistik antara lain. Dengan kepakaran yang kami miliki dalam peruncitan mewah dan concierge, Kabinet Privé membantu pengumpul peribadi (antara pembeli dan penjual) mengurangkan risiko-risiko ini.”
Koleksi KPX kini boleh didapati dalam talian dengan penghantaran di seluruh dunia melalui kabinetprive.com dan lebih banyak barang yang akan ditambah tidak lama lagi. Klien private Kabinet Privé boleh mengakses koleksi KPX melalui temujanji di The St Regis Boutique di Kuala Lumpur atau melalui perkhidmatan concierge peribadi di Singapura dan Hong Kong.