Hiburan

CATATAN PERIBADI: ANTARA REALITI DAN SEBUAH DUNIA YANG PERNAH SAYA HUNI

Photo By. Ai

Teringat satu waktu, riuh teman, rakan taulan dan saudara mara bercerita tentang ‘The Devil Wears Prada’. Tiada seorang di kalangan mereka ini tidak ke panggung wayang, dan pastinya saya juga. Namun pemergian saya sebenarnya bukan sebagai penonton, tetapi sebagai seseorang yang pernah hidup di dalam dunia itu.

Yes, not just nostalgia.
 But something quieter… more personal.

It felt like a world I once knew — returning, gently, but truthfully.

And without realising it, I found myself remembering a time when I wasn’t just watching that world…
 I was living in a version of it.

There was a time I was called “the Anna Wintour of Malaysia.”

And yes — I was proud.
 How could I not be?

Namun jujur saya katakan,  saya tidak pernah benar-benar mahu menjadi Anna Wintour.
Saya hanya mahu menjadi diri saya sendiri.

Saya membina GLAM dengan sepenuh jiwa, sehingga ia menjadi sebuah majalah yang dirasakan sukar untuk ditinggalkan. Ia menjadi rujukan designers, ‘sekolah’ pelajar fesyen di Institusi Pengajian Tinggi dan fashionista pastinya.  Bukan kerana saya mengatakannya — tetapi kerana itulah realiti yang kami cipta bersama.

Dan kemudian… saya memilih untuk pergi.

Bukan ketika ia jatuh. Bukan ketika ia gagal. tetapi ketika ia berada di puncaknya.

Kerana di sebalik pujian, ada politik. Dan terlalu banyak untuk ditelan. Terlalu berat untuk diabaikan.

Dan pada satu titik, kita mula sedar —
 hidup ini bukan tentang berdiri di tengah-tengah kekaguman,
 apabila di sebalik kekaguman itu, ramai yang hanya berpura-pura.

Lebih daripada itu, saya belajar satu perkara: Apabila kita tidak lagi bahagia dengan orang di sekeliling kita, dengan persekitaran, dengan arah yang sedang kita lalui — maka bertahan bukan lagi satu kekuatan.

Pergi itu adalah keberanian.

Ia bukan keputusan yang mudah. Memang amat berat, pahit untuk ditelan tetapi ia perlu.

Filem ini — yang lama atau baru — bukan tentang fesyen semata-mata. Ia tentang manusia.
 Tentang pilihan. Tentang harga yang kita sanggup bayar untuk berada di sesuatu tempat. Kadangkala, pilihan paling berkuasa yang akan kita buat dalam hidup — adalah mengetahui bila untuk melangkah pergi dengan tenang, membawa sebuah harga diri.

Dan mungkin, itulah sebabnya ia terasa begitu dekat di hati ini.

Kerana di suatu titik dalam hidup, kita semua pernah berada di persimpangan yang sama:

untuk terus kekal —
 atau untuk memilih diri sendiri.

Dan seperti yang saya pelajari, dalam diam dan tanpa perlu penjelasan panjang:

tidak semua yang kita lepaskan adalah kehilangan.
 Ada yang sebenarnya… adalah pembebasan.

Related posts

RUSUHAN DI ATHENS, UMAR UZAIR RAKAM PERSEMBAHAN DI ISTANBUL UNTUK 12 IVPF

adminwm

Raikan Ikon Seni Persembahan-Menyemai Inspirasi, Mencipta Legasi

adminwm

LONGING FOR NAVY BLUE

adminwm

Leave a Comment