
Dalam dunia fesyen yang sentiasa berubah, terdapat satu prinsip gaya yang kekal relevan, yakni kesederhanaan yang kekal stylish. Berpegang pada falsafah ini, jenama gaya hidup tempatan NAWRE, memperkenalkan koleksi terbaharu mereka, NAWRE Everyday Tote, sebuah beg tote yang direka dengan gabungan estetika minimalis dan fungsi praktikal untuk menemani kehidupan moden yang dinamik.
Direka untuk mereka yang menghargai gaya yang tenang tetapi sofistikated, NAWRE Everyday Tote menampilkan siluet bersih dengan ruang dalaman yang luas. Ia bukan sekadar aksesori, tetapi sebuah teman gaya yang mampu mengiringi pelbagai momen kehidupan daripada kesibukan hari bekerja di kota sehinggalah perjalanan pulang balik kampung menyambut Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.


Ketika musim perayaan menjelang, keperluan untuk membawa pelbagai barangan kecil sering menjadi cabaran. Di sinilah NAWRE Everyday Tote memainkan peranannya dalam menyediakan ruang yang cukup untuk menyimpan keperluan harian seperti dompet, telefon, kosmetik ringkas, dokumen atau pakaian tambahan, semuanya dalam satu beg yang elegan dan teratur.
Dihasilkan menggunakan fabrik kulit PU yang kukuh, beg ini menawarkan struktur yang tegap dengan kemasan yang halus, menjadikannya sesuai digayakan dalam pelbagai suasana sama ada ketika menghadiri mesyuarat, menikmati hujung minggu santai, atau berkunjungan lain sepanjang musim Raya.
Minimalisme yang Sarat Fungsi
Koleksi ini meneruskan eksplorasi NAWRE terhadap rekaan minimal yang versatil. Dengan kapasiti oversized carry-all dan struktur yang kukuh, NAWRE Everyday Tote direka untuk membawa keperluan harian tanpa mengorbankan estetika.


Reka bentuknya yang timeless menjadikan beg ini mudah dipadankan dengan pelbagai gaya daripada busana kerja yang kemas hinggalah kepada persalinan baju raya moden yang elegan, juga pakaian kasual. Dalam dunia fesyen masa kini, pendekatan ini sering dirujuk sebagai ’quiet luxury’; gaya yang tidak perlu terlalu menonjol untuk meninggalkan kesan.
Justeru, apa pun latar belakang anda, boleh sahaja menyandangnya tanpa limitasi. Daripada seorang yang bekerjaya, atau ibu yang punya anak kecil juga mungkin anda pelajar yang sibuk ke kuliah dan aktiviti riadah, ia mampu menjadi teman terbaik mengatur hidupmu lebih sempurna.
Empat Warna, Empat Ekspresi Gaya
Bagi melengkapkan koleksi ini, NAWRE memperkenalkan empat pilihan warna yang dipilih dengan teliti untuk menyesuaikan pelbagai gaya peribadi:
Black Woven — tekstur berkarakter yang memberikan sentuhan eksklusif dan moden.
Black — klasik dan minimal, pilihan yang sentiasa relevan merentas masa.
Brown — rona hangat yang klasik serta mudah dipadankan dengan pelbagai gaya.
Oat — neutral lembut yang memberikan rasa segar dan elegan secara semula jadi.
Setiap warna direka agar dapat menyatu secara harmoni dalam gaya harian pemiliknya, termasuk ketika menyusun penampilan untuk kunjungan rumah terbuka Aidilfitri yang sering dipenuhi jadual padat.


Menurut Pengasasnya, Nik Erwan, idea di sebalik NAWRE lahir daripada keinginan untuk mencipta beg yang benar-benar boleh digunakan setiap hari tanpa meminggirkan gaya.
“Saya sentiasa percaya bahawa beg harian tidak perlu terlalu kompleks untuk kelihatan menarik. Ia hanya perlu direka dengan baik, praktikal dan cukup versatil untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian pemiliknya,” ujar Nik.
Dengan harga RM299, NAWRE Everyday Tote ditawarkan dalam kuantiti terhad dan boleh didapati melalui platform rasmi NAWRE di Instagram.
