EYE ME

LELAKI INI

Kasih

Kenanganku ingatan saat-saat dulu

Kasih

Apakah dirimu

Merasakan semua itu

Ke mana pun hendak ku pergi

Ku masih melihat bayanganmu cintaku

Dan ke manapun arah

Angin ku berlari

Hati ini masih kau miliki –  Lelaki Ini, Anuar Zain

Selamanya saya pasti akan menyenangi lagu ‘Lelaki Ini’ nyanyian Anuar Zain. Getaran suara menusuk kalbu bersama alunan muzik yang bagaikan hidup dalam jantung saya yang mendengarnya. Apatah lagi dalam keadaan saya yang merindui dia, setiap senikata merungkai kenangan lalu. Kamu akan merasakannya bila lelaki dalam hidup kamu itu pergi selamanya. Maaf untuk sekian waktu menyebutnya, tetapi di saat aku merindukan mu, di situlah aku mengingati kenangan bersama dengan mu. Allah sangat faham akan doa-doa yang aku panjatkan, bahkan pada saat yang aku tidak mampu menemukan kata-kata yang tepat untuk mengungkapkannya.

Lelaki ini, saya pasti antara kawan dan saudara mara ada yang kurang senang dengan sifat tegas dan berterus terangnya, malah garangnya. Tetapi diakui mereka, garang yang bertempat. Begitu juga dengan anak-anaknya, yang dalam diarinya tiada kompromi atau kelonggaran pada rules yang telah ditetapkan di rumah. Kamu masih bersekolah, dan tiada alasan keluar dan balik rumah jam 11 atau 12 malam. Kamu masih ditanggung mak ayah dan seluar dalam pun dibeli mereka, maka tugas kamu patuh kepada aturan di rumah ini. No smoking no alkohol itu sampai mati tidak boleh disentuh. Jangan menipu. Kalau berani, baliklah dengan report card bertanda merah tetapi tidak sekali dia menegaskan untuk pulang dengan straight A, kerana katanya ilmu itu cabangnya besar, dan hendak menjadi orang berjaya tidak semestinya mendapat keputusan cemerlang. Banyak kawan-kawannya master di kertas tetapi gagal dalam hidup. Ada yang hidup melarat walhal lulusan luar negara. Ada juga yang hidup masih ditanggung mak ayah, duduk berhimpit anak bini di rumah pusaka atuk nenek kerana tidak pandai menggunakan ilmu dan peluang yang diberikan. Malah ada menjadi gelandangan walaupun miliki PhD. Lelaki ini juga tidak senang dengan sifat kawan makan kawan.

Lelaki ini, arwah Hisham Idris, sentiasa menasihat kawan-kawannya, “kalau sayang anak berpada-pada. Seorang teman mendatanginya, dengan bangga menunjukkan gambar kereta yang bakal dibeli untuk anaknya. “Kamu sayang anak kamu?” “Mestilah.” “Jadi nak tengok dia mati? Tolonglah duit banyak sekalipun jangan beli kereta mewah berkuasa tinggi ini. Untuk anak yang baru masuk kolej ini bukan kereta untuknya.” 

Kamu mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup? Apa ciri-ciri lelaki yang boleh dijadikan suami dan cici-ciri lelaki yang patut dijauhi terutama dijadikan teman hidup.

Masa bercinta semuanya indah, malah ada perempuan sampai kabur mata sanggup mengahwini lelaki malas bekerja. Dan konon dia sendiri mampu menanggung. Malah ada sanggup demi cinta menikahi penagih dadah. Allahu Akbar. Teringat zaman sekolah menengah, tidak sempat menduduki peperiksaan SPM si teman kahwin lari. Ternyata lelaki ini penagih dadah. Hidup sengsara, tidak cukup dia yang bersendirian kais pagi makan pagi, terpaksa juga memberikan sebahagian jualan nasi lemak di tepi jalan untuk membeli rokok malah beli dadah untuk suami. Anak menagih makan dengan jiran tetangga. 

Jadi carilah suami yang mampu menafkahi kelangsungan hidup kamu sekeluarga. Tetapi seandainya ada persetujuan sang suami menjadi ‘house husband’ yakni dia yang menguruskan rumah tangga sepenuhnya, dan isteri keluar bekerja, maka itu pilihan kamu, dan tidak ada salah pun.

Lelaki kedekut, cuba elakkan. Saya bertanya kepada teman kenapa dia bercerai, pendek jawapnya, “Suami kedekut.”  “Saya tidak dibenarkan kerja, kerana cemburu, kemudian seksa untuk mendapatkan duit daripadanya. Bukan untuk beli gincu tetapi duit makan hari-hari, duit sekolah anak, duit mengaji quran anak-anak.” Seingat dia persalinan baju baru diperolehi sewaktu hantaran. “Biar benar Nor,” saya membalas. “Sama ada saya pakai baju pemberian akak atau baju zaman bujang. Sebab nak pastikan muat, saya ikat perut plus makan pun tidak berapa cukup. Saya terpaksa dahulukan anak-anak. Sekarang anak-anak semua sudah bekerja, boleh itu dia minta duit daripada anak-anak untuk bayar balik makan minum dan belanja sekolah mereka dulu.”

Lelaki buaya darat. “Kalau kamu kekasih dia yang ke 10 atau ke 20, ini tanda awal kamu dihalang mengahwininya. Dan kalau dia begitu bangga bercerita tentang perangai setiap kekasihnya, anak oii, tolong jauhi dia. Lebih-lebih lagi jika dia ada sejarah kahwin cerai, kahwin cerai. Apa kamu yakin kamu tidak akan diceraikannya? Awas! Dia bukan calon yang sesuai dijadikan suami sekalipun duitnya banyak.

Dia pemabuk, panas baran, cemburu tidak bertempat, dan ringan tangan. Dan kamu siang-siang tahu dia kaki arak, kamu masih berharap dia jadi alim selepas kahwin. Oh tidak! Dan kamu juga tahu dia panas baran, malah ketika menjadi kekasih pun dia sudah mula angkat tangan. Tolong cepat blok dia, pindah rumah kalau takut dia mencari kamu, hilangkan diri dari radar sebab lelaki ini amat bahaya. Kamu tidak akan percaya lelaki seperti ini, boleh membunuh. Dan ini yang terjadi kepada kawan baik saya a.k.a kawan serumah masa bujang. Dia ingat boyfriendnya cemburu kerana sayang, al kisah teman saya ini dikelar-kelar oleh sang suami kerana cemburu. Al fatihah.

Dia lelaki jahil agama. Islam apa jikalau baca Al Fatihah pun tidak tahu. Islam apa dia kalau tidak berpuasa dan langsung tidak mahu tahu hal agama. Baik macam mana dia melayan kamu, beri kamu duit dan sebagainya, sebaiknya elak lelaki begini. “Macam mana kalau dia non muslim dan tidak tahu langsung hal agama, bolehkah saya berkahwin dengannya?”  Islam tidak melarang mengahwininya tetapi wajib dia bersyahadah dulu, dan wajib dia tahu mengenai rukun Islam yang lima itu, dan waktu sama menjadi tanggungjawab kamu malah ibu bapa kamu untuk mendidiknya, supaya menjadi seorang yang beragama, sekurang-kurang tahu bersembahyang berpuasa. 

Alangkah sedihnya kalau kamu yang terikut-ikut dengan agama dan budayanya. Saya sampai hari ini amat tidak faham bila ada kalangan orang kita yang Islam, malah kawan-kawan saya sendiri bila tiba perayaan Krismas hiasan pokok krismas di rumah mereka lebih besar mengalah penganut kristian, malah dia yang lagi sibuk meraikan Hari Natal. Alasan suami mat Saleh dan kawan-kawan ramai kristian. Kawan! perayaan Hari Natal adalah perayaan agama bukan budaya. 

Dan clear signs – he is just playing games, he will never marry you. Dan bila lelaki ini memberi kamu pelbagai alasan mengapa dia tidak boleh buat itu buat ini, what he is really telling you is, he doesn’t want to do it, yes to marry you. The ugly truth is this: when a guy says he doesn’t want a relationship, apa yang dimaksudkan ialah dia tidak mahu ‘a relationship with you.’ Dan kalau dia asyik bertangguh, dua tiga tahun masih tidak sudi pun mengenali ibu ayah kamu dan adik beradik kamu, ada dua makna, you’re good enough to be his girlfriend, but not good enough to be his wife. Maka tidak perlu kamu tunggu esok atau lusa untuk menjalin lagi hubungan dengan orang yang tidak mahu mengahwini kamu.

You deserve someone who has plans on marrying you one day.  Wallahualam.

Related posts

Merdekakah Kita?

Wirda Adnan

BELI LOKAL, ELAK HINA BARANGAN TEMPATAN

Wirda Adnan

Pulanglah, Jenguk Orang Tua Mu

Wirda Adnan

Leave a Comment