GAYA HIDUPHiburan

Zul Ariffin dalam Program Realiti Selebriti Bachelor

sooka, aplikasi penstriman hiburan tempatan bakal menayangkan Pencuri Hati – siri sooka Originals pertama berformat Program Realiti Selebriti Bachelor bermula 9 Disember ini. Pelakon dan selebriti tersohor, Zul Ariffin bakal menjadi tumpuan di dalam program realiti tersebut, ditemani oleh 13 peserta wanita bertuah yang telah terpilih melalui proses pencarian pada bulan Ogos lalu.

Sentiasa cakna dengan arus trend generasi milenial terkini, sooka telah bekerjasama dengan Astro Productions untuk menghasilkan Pencuri Hati, Program Realiti Selebriti Bachelor yang mengetengahkan keserasian personaliti para peserta program bersama selebriti terpilih, berlandaskan konteks yang bersesuaian dengan sensitiviti budaya tempatan. Sebanyak 10 episod mingguan bakal menemui peminat di aplikasi sooka, mengetengahkan 13 peserta wanita yang bersaing untuk menjadi pemenang utama yang bakal diberikan peluang untuk mengenali Zul Ariffin secara lebih mendalam.

Pencuri Hati juga akan memperkenalkan 2 Resident Advisor, pengacara dan pelakon terkenal, Sherry Alhadad; dan doktor dan influencer terkenal di media sosial, Shazril Shaharuddin, atau Dr. Say – yang memainkan peranan sebagai pengantara di antara para peserta dan Zul Ariffin.

‘’Semenjak dilancarkan pada 2021, sooka telah memperoleh 2.4 juta muat turun aplikasi, dan kami telah melancarkan beberapa siri sooka Originals, antaranya drama Kau vs Aku yang berjaya meraih lebih 200 juta tontontan di laman media sosial Tik Tok. Kali ini, kami amat gembira untuk menjadi aplikasi hiburan tempatan yang pertama dalam memperkenalkan sebuah Program Realiti Selebriti Bachelor di Malaysia. Pengenalan Pencuri Hati juga adalah atas maklum balas positif daripada siri Originals kami yang lain lantas mendorong kami untuk lebih berani mencuba pelbagai format baru. Ini juga berdasarkan fenomena rancangan realiti mencari cinta yang merupakan satu trend yang diminati oleh generasi milenial pada masa kini,’’ kata Emarina Mohd Kamal, Ketua Rancangan di sooka.

Nama yang tidak asing lagi dalam industri perfileman negara, Zul Ariffin merupakan antara

pelakon lelaki yang paling diminati di Malaysia. Beliau baru-baru ini membintangi filem Juang yang menceritakan kisah-kisah barisan hadapan negara dalam menghadapi cabaran COVID- 19; dan juga filem Talbis Iblis yang telah berjaya mengutip RM1juta dalam tempoh empat hari sahaja. Personaliti Zul yang menarik dan santai serta sangat perahsia merupakan antara faktor utama pemilihan pelakon tersebut untuk diketengahkan sebagai selebriti tumpuan di dalam Pencuri Hati.

‘’Pemilihan Zul Ariffin merupakan keputusan yang mengambil kira merit dan kelayakan beliau sebagai pelakon profesional. Walaupun kehidupan beliau tidak pernah lari daripada kontroversi, kami mengiktiraf akauntabiliti dan kematangan Zul dalam menangani isu di mana dia menunjukkan ciri-ciri profesional sebenar. Oleh itu kami percaya keputusan untuk memilih Zul sebagai selebriti pertama Program Realiti Selebriti Bachelor Pencuri Hati adalah tepat, ” tambah Emarina.

“Saya amat tertarik untuk menyertai program Pencuri Hati ini kerana saya melihatnya sebagai cabaran dan pengalaman baharu dalam karier saya. Konsep program Pencuri Hati ini juga sangat menarik kerana ia memberi ruang untuk para peserta juga dapat lebih mengenali diri saya dengan lebih mendalam, sebagai diri saya sendiri dan bukan sebagai seorang pelakon.

Selain itu, terdapat pelbagai segmen dalam program ini seperti kecergasan, memasak, gaya dan hobi, dan ianya merupakan faktor-faktor yang boleh membantu untuk mengenali personaliti dan intelektual seseorang dengan lebih mendalam,” kata Zul.

Pencuri Hati menonjolkan 13 wanita personaliti menarik yang bakal mempertaruhkan hati untuk memenangi peluang mengenali selebriti tampan Zul Ariffin selama 24 jam (during daylight). Setiap episod bakal menguji peserta secara individu dan berkumpulan dalam pelbagai cabaran seperti masakan, fotografi dan sukan lasak. Peserta yang memenangi cabaran mingguan mungkin berpeluang menerima ‘Purple Note’ atau nota istimewa serta menikmati peluang meluangkan masa bersama Zul Ariffin, tetapi peserta dengan markah terendah bakal menghadapi penyingkiran. Pemilihan dilakukan oleh Zul Ariffin sendiri, beserta bantuan daripada Sherry Alhadad dan Dr Say Shazril selaku penasihat atau Resident Advisors dan pembimbing peserta.

Related posts

Malam Mehndi

adminwm

Wajah ‘Slim’ Cantik dengan V Shaping Facial lift Serum Clarins

admin

Kanser Usus

admin

Leave a Comment