EYE ME

You’re Beautiful

Hey there, beautiful. Go look in the mirror. Really look at yourself. Past the insecurities, past everything you think is wrong. You’re beautiful. Remember that.

Disember mengakhiri bulan 2019 sebelum kita melangkah ke tahun 2020. Sesungguhnya kita semua amat bersyukur, atas limpah kurniaNya kita masih dapat menumpang dan beristirehat dalam atmosfera ciptaanNya sambil menjalani urusan kehidupan, melaksanakan tanggung jawab insani. Hidup ini sangat-sangat cantik jika kita tahu menggunakannya, merasainya, menilai dan menikmatinya. 

Sungguh setiap seorang daripada kita ada kecantikannya. Ukuran cantik si Ratu Dunia, Ratu Universe dinilaikan daripada rupa parasnya yang jelita, tinggi lampai, pandai catwalk, bijak bercakap, tinggi pengetahuan am, dan cekap menjawab soalan-soalan dikemukakan. Dia juga mesti pandai bergaul bersosial dan berinteraksi dengan masyarakat. Dia diadili juga akan kerja-kerja amal yang telah dilakukan untuk badan-badan kebajikan di negaranya khasnya. Malah latar belakangnya juga disiasat dan dikenal pasti bersih dan tidak mempunyai kisah hitam atau mempunyai anak misalnya, dia daripada keluarga yang nama mereka telah tercalar, juga dan dimestikan menjalani program-program khasnya program kemanusiaan sepanjang setahun takhta itu dipegangnya. Dia juga wajib menjaga nama baiknya selaku ratu dunia/universe atau title akan dilucutkan. 

Hatta, cantik itu melingkupi semua, cantik luaran, cantik dalaman. Tinggi ilmu, bijak bergaul, mempunyai sifat kasih sayang dan aura dirinya mesti terserlah. Benar ada orang wajahnya bila diperhatikan dengan hidung mancung, bibir bagai delima merah, pipi bagai pauh dilayang  tetapi langsung tidak bercahaya atau berseri. Ada juga yang punya luarannya mashaAllah macam bidadari tetapi buka mulut aduh hilang kerupawannya. Dan perangainya Nauzubilah, semoga dijauhkan kita juga menjadi sepertinya.    

Beauty isn’t about having a pretty face it’s about having pretty mind, a pretty heart and pretty soul’.

Apa yang membuat seseorang itu menjadi tidak cantik? Tidak cantik bila dirinya gelisah melihat orang lain senang. Dirinya melontarkan fitnah menyebabkan orang lain tersungkur hasil daripada tuduhan dan cerita nistanya. Dirinya tidak aman bila mana ada orang yang lebih daripadanya dan dirinya tidak mahu memaafkan dan berdendam sehingga ke mati. Bagi yang cantik hatinya bila mana dia dizalami, dia masih boleh memaafkan. Bila mana dia dianinaya, dia masih menerima dengan sabar malah berdoa agar Allah memberikan kebaikan ke atas orang tersebut. 

Seyugia, mari kita renungi jauh ke dalam diri sendiri. Cukup cantikkah kita ini luar dan dalam? Cukup cantikkah kita untuk bertemu dengan sang Pencipta pada hari pembalasan nanti? Puaskah rasanya di hati dengan ibadah yang kita lakukan selama ini? Adilkah kita tidak diberikan syurga yang tertinggi dengan amalan yang kita lakukan selama ini? Dan sesama manusia, adakah kita seorang yang di mata ramai insan, seorang yang tulus dan boleh dipercayai? Seorang yang senang didekati dan tidak menyakiti? Seorang yang boleh dijadikan teman, masa senang, masa susah? Seorang yang sentiasa menjaga aib kawannya biar pun ia akan melukai dirinya sendiri? Seorang yang boleh kita jadikan teladan dan membantu membawa kita ke jalan yang lurus yang dituntut oleh syarak?

Dan cantiknya dia bila mana bibirnya sentiasa memberikan senyuman, yang membuat yang tidak mengenalinya pun berasa senang, lapang dan tenang. Dan cantiknya dia bila wajahnya yang walau nipis gincu yang dicalit, dan tidak pun beralis mata tetapi masih berseri lalu membuat kita berasa suka sangat melihatnya. Cantiknya dia bila dia mengajak kita untuk sentiasa bersenam dan mengingatkan kita supaya mengamalkan hidup sihat, kemas dan bersih kerana amalan itu sangat mulia di sisi Allah dan manusia juga. Dan dia seorang yang pandai bergaya, molek sentiasa tetapi tidak pula memuji dirinya sahaja yang cantik dan orang di sisinya, semua fake. 

Cantiknya dia juga bila dia berjaya berjuang dan tidak mudah mengaku kalah. Dia yang tersungkur, yang menderita, yang struggle, yang hilang segalanya tetapi berjaya bangun dan membina hidupnya semula. Dia yang tidak menyalahkan sesiapa tetapi dirinya sendiri yang tidak betah atau bijak mengendalikan hidup, akibat daripada kelalaian dan kebodohan dirinya sendiri, dia yang menderita.

‘Your body makes you sexy. Your smile makes you pretty. Your personality makes you beautiful.

Nafsu mangatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Namun kita insan dijadikan tidak sempurna. Kita mudah membuat kesalahan. Kita mudah menyebut perkataan salah atau berkata yang boleh menyakiti hati orang lain. Kita buat benda-benda yang salah. Kita jatuh. Kita bangun semula. Kita belajar daripada kesalahan. We grow, we move on. We live. Sebab selagi masih hidup, kita mahu merasai nikmat kecantikan yang sebenarnya. Dan bila sudah pergi dari dunia ini, yang menunggu di sana adalah yang terlalu-lalu cantik yang tidak dapatkan dibayangkan masa kini oleh sesiapa pun akan keindahannya, kerana ia adalah ‘simpanan’ Allah untuk kita mengecapinya bila tiba waktu dan ketikanya.

Sebelum tirai ditutup untuk tahun 2019, MajalahWM.com mahu meraikan kalian yang cantik. Saya ditanya pula, apa dress codenya? Tidak ungu atau biru mahupun kelabu, tetapi ‘Come Beautiful.’ Anda tidak perlu berhabis beribu untuk dilihat ayu, beautiful… Pakai apa sahaja yang ada di almarimu, yang penting kita semua dapat bertemu dan mendengar lagu-lagu, bercerita kisah lalu bersama harapan baru. Semoga 2020 kita lebih maju sampailah ke anak cucu. Dan  menjadi insan yang betul-betul beautiful

Selamat Tinggal 2019.

Related posts

Saya Dan Sosial Media

Wirda Adnan

Warkah Untuk Teman-Temanku

Wirda Adnan

Puisi Mengiringi Mak Yang Pergi

Wirda Adnan

Leave a Comment