FESYEN

Yang Terakhir Dari Rizalman

[thb_gap height=”40″]

Siapa sangka selepas 30 tahun membina empayar, pada tarikh keramat 20.2.2020 Rizalman Ibrahim mengejutkan industri fesyen tanah air dengan mengundur diri di arena fesyen lokal menandakan konsert dan pertunjukan fesyen yang menelan belanja 1.5 juta ringgit yang diadakan pada hari itu merupakan yang terakhir daripadanya.

Satu berita yang cukup menyedihkan, dan saya yang berada di situ melihat ramai peminatnya menitiskan air mata, terkejut dengan berita yang diterima, apatah lagi mengetahui antara sebab Rizalman mengundur diri adalah kerana mahu dekat dengan Sang Pencipta. 

Melepaskan apa yang sudah digenggamnya dengan cara terhormat, ternyata pereka legenda ini berhenti berkarya di saat masih meniti kegemilangan. Siapa yang mengikuti pereka ini di Instagram akan tahu dia memiliki peminatnya sendiri, dan ramai jumlahnya, jika tidak masakan apa yang dipersembahkan akan terjual dengan mudah.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11815″]
[thb_gap height=”40″]

Apa yang menariknya legasi Rizalman Ibrahim disambung orang kanannya sendiri, Faizul Surani. Faizul sudah lebih 15 tahun bersama Rizalman dan kini menyambung baton agar jenama ini akan terus mekar dalam industri fesyen tempatan. Rizalman sudah mempersiap sediakan seorang pengganti sebelum turun takhta. Saya merasakan ia satu aturan yang bijak sekali. Cara yang sama dilakukan pereka atau rumah fesyen di arena global, sepertimana tempat Alexender Mcqueen diganti Sarah Burton mahupun Virginie Viard yang mengambil alih Chanel yang selama ini dikendong erat oleh Karl Lagerfeld. Begitu juga dengan Valentino yang kini mahu berehat panjang dan melepaskan kerusi pengarah kreatif pada Pier Paolo Piccoli.

Satu tanda tanya, adakah jenama milik pereka tempatan lain akan mengikut jejak langkah Rizalman Ibrahim yang memiliki pengganti agar jenama yang telah dibangunkan bisa diteruskan ataupun jenama itu akan berkubur bersama tuan empunya?

[thb_gap height=”40″]

Related posts

It’s Dior Darling

admin

Koleksi Mutiara Air Tawar HABIB

adminwm

Berkaca Mata Hitam

admin

Leave a Comment