FESYEN

Yang Digilai Fashionista

Waktunya anda tahu apakah yang digilai oleh para fashionista kini. Warna apa menjadi kegemaran, rekaan yang bagaimana yang didambarkan, singkat, senteng atau labuh? Lengan berombak atau ketat melekat pada kulit. Sutera atau cotton, linen atau baldu?

1. Merah, kuning, hijau, biru atau campuran semua warna-warna ini. Masa untuk anda meraikan warna. Biar warna yang melambaikan rasa nikmatnya mata untuk melihat keindahan ini sendiri. Biar kelainan yang memanjat rasa kepuasan pada diri dan biar ianya seringkas-ringkasnya pakaian. Masa untuk ceria, ringkas dan relaks.

 


2. Jumpsuit are going to be a staple item in our wardrobe. Tentu ada satu yang sesuai untuk anda baik yang tinggi lampai, kurus kering atau yang badan berisi… tiba-tiba rasa teringin memakainya walaupun anda sudah berhijab. Pilih yang longgar seolah memakai top dan celana.

 


3. Sportwear – nampak cool dan bersahaja. Anda tidak perlu terlalu menyusahkan diri untuk mencari sarung kaki dan tumit tinggi sepadan. Tetapi bukanlah baju yang anda pergi jogging pagi tadi dan pakai untuk majlis sebelah malam.

 

4. Denim, saya pasti setiap orang mesti ada sekurang-kurangnya sehelai seluar jeans atau jaket denim. Denim memang sukar dicampakkan terus daripada pandangan mata. Seluar jeans menjadi pilihan hampir semua wanita baik di Eropah, Amerika, dan di negara yang sentiasa ada matahari. Pelbagaikan kaedah menambahkan kecantikannya.

 


6. Ketepikan baju daripada fabrik baldu, ia amat tidak menjadi bila dipakai oleh wanita usia lebih separa abad dan juga yang muda, mahupun yang kurus lengking. Cari jenis cotton, tidakkah anda rasa selesa dari pagi membawa ke senja dengan pakaian yang sama.

 

7. Celana senteng masih ada yang gemar memakainya tetapi kalau silap gaya nampak macam apek jual sayur. Celana yang labuh menutupi tumit yang sentiasa nampak ‘in’ Potongan biar jangan terlalu kembang, kerana boleh menampakkan anda gemuk. Dan kalau berduit belanja untuk menempah ‘tailored suit’. Memang amat berbaloi.

 

8. Aksesori seperti subang besar dan gelang ala penari Bollywood amat digemari anak muda hari ini. Jadi simpan emas dan berlian anda di peti ‘safe’ dan pakai yang tidak original. Aksesori daripada kulit amat laku di musim ini.

 

Rantai Kulit Senijari Heritage

9. Sneaker dan flats untuk semua.  Berani sarung sneaker? Kalau lima tahun lalu sneaker hanya dipakai ke sukaneka dan berlari di padang kini ia masuk ke majlis. Ingat bukan kasut sama anda pakai di tanah perkuburan, di trek jogging tetapi biarlah diasingkan sneaker untuk bersukan dan ke majlis. Pilih sneaker berwarna disesuaikan dengan pakaian anda.

Related posts

Beg Double C, Cartier

admin

Bon Zainal Bercakap Tentang It’s Not About Brand, It’s About Style

admin

“I just rescued a pair of shoes. They were trapped in a store.” Shoe Sprinkle

admin

Leave a Comment