PERSONALITIGAYA HIDUP

WOMEN LEADERSHIP – KEPIMPINAN WANITA UNTUK KELESTARIANMASYARAKAT

Wanita memainkan peranan luas dalam kehidupan sejak azali hingga kini. Melalui cabaran-cabaran yang tersendiri, kaum wanita mengiringi arus dan perkembangan moden yang kian canggih dan perubahan harian yang semakin tinggi teknologinya.

Sebagaimana lelaki, wanita turut relevan kewujudan mereka dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tersendiri baik di rumah sebagai isteri dan ibu hinggalah di tempat kerja secara profesional serta kedudukan dalam masyarakat, negara hinggalah ke peringkat global.

Menurut Pengasas EGN Women Executive Leadership Kuala Lumpur, Puan Sri Tessie Lim,  kredibiliti kepimpinan wanita turut diangkat dalam usaha memartabatkan dan menggabungkan ciri-ciri istimewa dalam satu kumpulan penggerak yang memberi fokus menggembleng setiap tenaga, kepakaran juga keunikan kredibiliti wanita ke tahap yang lebih bersepadu atau integrated.

 Tessie Lim

Beliau yang juga Pengasas The Women Rising Movement & World Centre of Personal Excellence, sememangnya sekian lama terkenal kerana kepakaran dan khidmatnya dalam kerja-kerja melatih dan membimbing kaum wanita ke arah usaha merangsang kekuatan diri iaitu personal power and  professional communication.

Bagi merealisasikan dan mengaktifkan hasrat tersebut, syarikatnya iaitu World Centre of Personal Excellence, telah menumpukan usaha yakni membina self ownership, tanggungjawab, dan kuasa dalaman setiap individu. “This is an excellent opportunity for women to learn and enhance their professional credibility together and use their uniqueness to better their life and others at a higher and bigger level.”

Di Women Executive Leadership, keupayaan wanita di dalam segala bidang dan kehidupan  digabungkan untuk mempengaruhi dan merangsang kaum wanita supaya maju dan bergerak secara yakin dan berjaya. Berteraskan kepimpinan dan aktiviti yang menegaskan kepada sistem bekerjasama dan saling membantu dan berkongsi kepakaran, organisasi ini dijangka dapat membantu wanita supaya terus mencebur diri dan meluaskan peluang dalam pelbagai lapangan kehidupan dan berfikir out of the box serta berani mencuba sesuatu yang di luar bidang masing-masing.

“It is the ability to influence people and surroundings. This form of power comes from individual characteristics rather than formal authority. Someone with personal power is focused on their self-efficacy and ability to cooperate with others. It also enables people to express their feelings, ideas, and insights,” kata Tessie.

Perkongsian Pengalaman Empat Ikon

Pada mesyuarat pertama kumpulan tersebut, empat ikon wanita diberi kehormatan untuk berkongsi kekuatan masing-masing bagi merangsang dan menjana minda setiap ahli yang hadir. Mereka ialah Datin Dr. Nik Sarina Hashim dengan perkongsian ringkas bertajuk The Comfort Zone and Beyond

Datin Nik Sarina memulakan kerjaya dalam bidang guaman dalam perkhidmatan kerajaan sebelum mengendalikan khidmat persendirian. Buat seketika beliau berehat dalam bidang guaman. Kini Nik Sarina mencabangkan keupayaannya dengan membuka perniagaan yang membuka peluang pekerjaan dan berkongsi pengalaman bagi merealisasikan inspirasi mereka yang sehaluan mengejar cita-cita dengannya untuk mengembangkan horizon di luar ekspektasi.

 
Beliau mengeluarkan produk kecantikan, Slae Cosmetics juga penyelaras pertandingan
Polo, sukan yang amat diminatnya di samping menyahut cabaran sebagai Pengarah kepada Bank Rakyat yang mengendalikan bahagian Mitigating Gendered Financial Vulnerability.

Seorang lagi ikon yang turut berkongsi ilmu dan pengalaman ialah Puan Sherry Sheriff. Beliau adalah Rakan Pengasas, Wahine Capital Sdn Bhd juga adalah Board Member, Sisters in Islam. Sherry punya 17 tahun pengalaman dalam bidang Capital Market Policy Making dan juga Law and Regulation dan pernah memegang beberapa amanat di Securities Commission, Malaysia.

Beliau kemudian mengembangkan kerjayanya, a career change into women’s human rights where she focused on family laws, child rights, child marriage, violence against women, political governance, gender equality; etc. Begitu pun beliau kekal dalam Board of Sisters in Islam dan terus menyumbang kepada banyak program advokasi hak wanita. Sesuatu yang menarik, dia pernah menjadi peguambela yang pertama kepada Tribunal Wanita Malaysia. Kini memulakan projek serantau berkaitan kewangan untuk wanita Muslim selepas bercerai.

Sherry kini sedang menjalani Masters programme in Gender and Global Politics with the School of Oriental and Asian Studies, University of London.

A passionate women’s rights advocate with particular interest in women’s financial rights and social inequalities. Sherry co-founded Wahine Capital in 2020. Wahine Capital’s menumpukan kepada hal-hal financial empowerment of women dengan mengajar dan menyiap sediakan mereka dengan kaedah menyelamatkan dana/kewangan untuk masa depan mereka. .

Wahine Capital adalah sebuah ‘technology start-up company’ yang dilancarkan dengan platform W Vault awal tahun ini. W Vault adalah satu kaedah online personal life manager – a digital vault yang mendokumentasikan aset dan liabiliti, menyediakan status kewangan ringkas dan segera yang seterusnya menjurus kepada membantu membuat keputusan dan perancangan kewangan masa depan wanita.

Sementara Puan Jasmin Edna Peters pula adalah Founder and Leadership Advisor of The Candour Collective specialising in Leadership and Executive Immersion, Change Management and Talent Growth.

Jasmin memiliki pengalaman lebih  20 tahun dalam Financial Services & Consulting.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang organisasi dan transformasi perniagaan, yang merangkumi ‘cross functional process improvement, culture inculcation, change management, leadership and talent development’.


Kala berkongsi pengalaman, Jasmin banyak menumpukan kepada kekuatan untuk menganalisa dan menghargai keupayaan dan keunikan setiap individu bagi melihat sejauh mana seseorang kredibiliti individu itu boleh dikenalpasti, dihargai dan seterusnya digunakan dalam urusan dan tugas.

Beliau banyak berkongsi pengalaman penting bagaimana seseorang individu yang dianggap pelik karektornya dalam sesebuah organisasi, misalnya penuh dengan negativity, sukar didekati, tidak mahu bekerjasama, pendiam atau terlalu keras dan tegar boleh berubah menjadi seorang yang disenangi, koperatif, mula berbicara dengan baik dan difahami rakan sekerja berubah menjadi  individu yang positif sifatnya.


This is her passion, dan beliau amat biasa bekerja dengan organisasi bagi mengenal pasti matlamat dan agenda kritikal melalui kolaborasi bersama demi menghasilkan  satu kaedah dan usaha yang berjaya.

Menariknya menurut Tessie, semua mereka yang terbabit dalam organisasi ini adalah pakar dan ikon yang mempunyai pengalaman dan kepakaran meluas dalam bidang profesional masing-masing tetapi mereka tidak pernah berpuas hati dengan kemampuan dan kejayaan yang diraih, sebaliknya mereka merasa masih belum mencuba banyak bidang lain dan mahu mencabar diri sendiri.

This is what I meant by personal power yakni kekuatan diri dan bagaimana menggunakannya ke tahap lebih tinggi,” katanya. “Ramai wanita tidak tahu akan kekuatan serta kemampuan masing-masing hinggalah mereka berjaya membuka minda dan berkongsi  ilmu dan pengalaman dengan para profesional yang lain. Kesedaran yang bangkit inilah yang akan menghasilkan wanita-wanita yang lebih yakin, berani dan berintergrasi. 

Akhir kata Tessie mengajak wanita-wanita profesional yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang untuk ke hadapan dan bersikap terbuka. Jika tiada platform untuk merealitikan impian mahupun sedang mencari-cari sesuatu yang luar daripada kebiasaan yang mereka kerjakan serta mahu mencabar diri dengan sesuatu yang baru, Tessie menyarankan supaya menyertai Women Executive Leadership kerana beliau bersedia mendengar dan membantu wanita-wanita ini dalam mengejar apa yang  diinginkan.

Sebagai ahli kami semua turut membuat pengenalan diri dan berkongsi serba sedikit tentang pengalaman.

Related posts

Designer of the Month

admin

UBAT KANSER 

adminwm

Penting Makanan Seimbang

adminwm

Leave a Comment