GAYA HIDUPSANA-SINI

We Care Programme by Palace of The Golden Horses

 

Baru-baru ini hotel lima bintang Palace of The Golden Horses telah menganjurkan satu program amal yang mereka panggil “We Care Programme by Palace of The Golden Horses” melalui Mines Wellness City sebagai sokongan kepada pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan atau MCO yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mach 2020. 

Pengerusi Eksekutif dan juga Pengasas Country Heights Holdings Berhad, Tan Sri Lee Kim Yew menyatakan keprihatinan dan terkesannya beliau terhadap keadaan kini yang benar-benar berat buat setiap orang dan ia melibatkan masyarakat serta negara secara keseluruhannya. 

“Mematuhi prinsip pertama Rukun Negara, kita perlu percaya pada tuhan – Kepercayaan Kepada Tuhan. Saya percaya bahawa Tuhan sedang menguji kita dan kita mesti bersatu dalam usaha menangani masalah yang kita hadapi dalam keadaan yang getir ini,” tegas beliau.

Beliau yakin bahawa Perintah Kawalan Pergerakan tersebut akan melibatkan rakyat, khususnya mereka yang bergantung kepada pekerjaan harian. Dengan itu katanya, rakyat perlu tunjukkan perilaku sosial yang baik dengan mematuhi prinsip Rukun Negara – Kesopanan dan Kesusilaan sepanjang waktu perintah berkenaan ini dilaksanakan.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

“Sepanjang masa perintah kawalan ini berkuatkuasa, kami menubuhkan “We Care Programme” bagi membantu mereka yang memerlukan dan berhasrat untuk mengurang bebanan mereka,” tambah Tan Sri Lee Kim Yew.

Bermula 20 haribulan Mach 2020, Palace of The Golden Horses akan mengagihkan paket makanan dan paket berisi nasi kepada beberapa rumah kebajikan khsusnya rumah warga emas, anak yatim rumah setinggan yang didiami oleh orang asing dan ibu-ibu tunggal di sekitar radius lima kilometer dari hotel.

Beliau dan pihak pengurusan hotel berharap sumbangan tersebut dapat membantu mereka yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut sambil sama-sama mengambil langkah serius untuk menghalang Covid-19 daripada terus menular.

Menurut pihak pengurusan hotel, bagi mematuhi perintah kawalan tersebut dan menyahut seruan kerajaan menandakan sokongan, pihak Palace of The Golden Horses juga mengambil langkah menghentikan buat sementara operasi bermula 18 haribulan Mach 2020 hingga 31 Mach 2020 dan akan memulakan operasi seperti biasa pada 1 April 2020.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Kempen Menceriakan Rumah

admin

BUAH NAGA BAIK UNTUK SALUR DARAH KORONARI

adminwm

Sacoor Group Sees Blue As The New Green

adminwm

Leave a Comment