SANA-SINI

We Care For Nature 2022

Hada Labo dengan kerjasama Watsons Malaysia dan Persatuan Pencinta
Alam Malaysia (MNS) mencapai kejayaan dengan memperolehi RM60,000 daripada RM1 hasil jualan setiap botol Hada Labo Hydrating Lotion yang dijual pada bulan Oktober di Watsons seluruh negara.

Dengan dana yang diperoleh, Hada Labo akan menyumbang kepada penanaman 1,000 pokok hutan di tanah seluas dua hektar di Hutan Simpan Sungai Besi Tambahan. Selain daripada memastikan persekitaran yang mampan, penanaman pokok hutan juga akan menawarkan perlindungan dan makanan untuk hidupan liar.

I.S Shanmugaraj, Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) berkata, negara kita telah bergerak ke hadapan dengan pembangunan dan pembinaan pesat yang mengakibatkan persekitara hijau kurang di kawasan bandar. Oleh itu, “We Care For Nature 2022” Hada Labo adalah penting untuk meremajakan bandar dengan menambah seribu lagi pokok dan membantu menjana zon hijau terkini.

“Memandangkan kita menghadapi isu perubahan iklim, tidak ragu-ragu lagi bahawa
penanaman pokok bukan sahaja membantu menyediakan tempat perlindungan dan
mewujudkan rumah baharu untuk hidupan liar bandar seperti burung, tupai dan spesies mamalia kecil tetapi ia juga merupakan kaedah terbaik untuk melawan perubahan iklim. Lebih-lebih lagi, apabila pokok membesar, sistem akar juga akan membantu dalam memegang partikel tanah dan mewujudkan kubu kuat bagi mengurangkan risiko dalam bentuk hakisan atau tanah runtuh daripada berlaku di kawasan sekitar. Ini adalah harapan kami inisiatif serampang dua mata bukan sahaja membantu mengurangkan kesan perubahan iklim tetapi menghalang tanah runtuh pada masa hadapan juga,” tambah Shanmugaraj.

Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, Lim Mei Yuen berkata, Hada Labo
berharap untuk menanam lebih banyak pokok pada tahun akan datang dalam memastikan persekitaran yang mampan untuk masa depan generasi kita.

“Fokus kami sekarang adalah untuk menanam lebih banyak pokok di Lembah Klang seperti yang kami lihat berlaku pembangunan secara besar-besaran di sini. Kami akan mempertimbangkan untuk perluaskan ke kawasan yang berdekatan dengan usaha penanaman pokok kami pada masa akan datang,” katanya.

“Kami percaya persekitaran yang bersih dan hijau membawa kepada kesihatan yang baik. Usaha penghijauan Hada Labo tidak terhad kepada hanya menanam pokok tetapi juga dalam menganjurkan persekitaran yang bersih melalui panggilan untuk kitar semula. Pelanggan Hada Labo boleh membawa masuk mana-mana botol kosong penjagaan kulit bersaiz penuh tukar dengan losennya,” tambah Lim.

Lim juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sambutan hangat orang ramai yang memberi sumbangan kepada tanam 1,000 pokok hutan melalui kempen ‘We Care For Nature’ Hada Labo.

Related posts

Sambar dan Menang

admin

dUCk Meraikan Ulang Tahun ke-8 dengan Pameran Pop-up dan Koleksi Baharu di Bukit Bintang

adminwm

Australia Now: Light Up – An 11 Night Light Show

adminwm

Leave a Comment