Warkah Pembaca

Aku sudah khatam baca isu Januari

Sejak mengenal majalahwm.com aku setia bersama mu. Banyak sebab aku menyukainya, berbeza dengan majalah lain kerana majalah ini penuh dengan informasi. Kadang-kadang aku baca berulang kali kerana tidak jemu, terutama bila aku layari tiada cerita baru. Aku harap majalahwm.com dapat update story selalu, supaya aku tidak tertunggu. Aku sudah khatam bulan Januari dan menunggu keluaran Februari. Rina Hj Leman@riaum.com

Pengarang

Rina, terima kasih kerana setia bersama kami, dan by now Rina sudah pun layari majalahwm.com untuk bulan Februari. Banyak yang menarik kali ini.

Aku juga penjual tudung…

Sejak kebelakangan ini majalahwm.com nampaknya lagi rancak. Wajah hiasan semakin mantap, aku suka. Ada satu bulan tu kamu bubuh gambar artis-artis bertudung dengan cerita mereka, bestnya baca. Patutlah mereka ini hidup senang lenang, pandai berniaga rupanya. Yalah macam Fazura, belum keluar tudung sudah ramai yang booking, baik sungguh nasib mereka ya… agak-agak kalau aku jadi artis, ada ke orang nak beli tudung aku? Aku pun penjual tudung.

Masyuri@dudung.com

Pengarang:

Kalau ada bakat, mengapa tidak mencuba? Memang bila sudah terkenal, jual apa sahaja, mesti ramai yang beli. 

Majalahwm.com semakin mantap dan bergaya

Terkejut aku lihat cover bulan Disember Dr. Fazley dan isterinya Azrene. Suka tengok mereka. Saya membaca di majalahwm.com pada keluaran November 2021 ada cerita mengenai MBDA, tidak sangka isteri Dr. Fazley seorang pereka fesyen. Nak tanya di mana saya boleh membeli baju-baju anak teruna yang cantik itu. Di mana butiknya?

Satu lagi keluaran Januari yang saya nanti-nanti paling memenuhi citarasa saya. Sudah lama tidak dengar berita penyanyi kesayangan saya Ziana Zain. Masih cantik Ziana walaupun usia sudah separuh abad. Itu membuktikan angka pada usia tidak penting, kita boleh nama muda jika pandai jaga kesihatan dan kecantikan. Terima kasih wm kerana bawa Ziana Zain untuk tatapan umum dan semestinya majalahwm.com semakin mantap dan bergaya. Syabas

Ina Salim

Pengarang:

Salam Ida, cuba hubungi MBDA untuk maklumat jenama Three Little Ahmads kepunyaan Azrene. Betul cakap Ina, angka meninggi pada usia bukan penghalang untuk sihat dan cantik. Yang penting jaga diri,  pemakanan dan senantiasa bersenam.

Memerap di rumah tetapi pendapat besar

Dua tahun yang orang kata zaman gelap bagi kita semua, sebab 24/7 memerap di rumah. Sebagai siswazah yang baru tempat pengajian saya rasa dunia saya juga seketika amat gelap sebab saya tidak bekerja. Saya kalau boleh tidak mahu lagilah menyusahkan mak ayah yang sejak lahir menanggung, sudah lepas universiti pun masih hendak menanggung kita, adoi malu. Mak ayah tidak bersekolah tinggi tapi mampu tanggung anak, ini anak diberi pelajaran tapi masih minta duit mak ayah. Sakit jiwa.

Namun sesuatu yang menjadikan hidup saya berubah sejak menemui majalahwm.com secara tidak saya sangka. Melayari internet saya temui majalahwm.com dan terus melekat untuk mengetahui saban hari apa lagi yang boleh saya baca. Menarik mengenai majalah online ini, kita boleh pergi ke bulan-bulan yang telah berlalu. Eh masa aku tidak sia-sia kerana aku dapat banyak ilmu. Dan soalan lebih penting, bagaimana aku perolehi pendapatan semenjak PKP. Jangan tidak tahu, aku ada terbaca satu maklumat di majalah ini, dan aku pun terus menghubungi mereka. Rupanya banyak cara buat duit mudah, bisnes tanpa modal sebagai seller dropship. Aku berterima kasih kepada majalahwm.com kerana sekarang aku tidak perlu pun makan gaji kerana pendapatan aku lebih daripada mencukupi, waktu sama aku punya banyak masa membaca. Siapa kata memerap di rumah tidak boleh raih pendapat, bukan setakat duit kopi tapi boleh tanggung satu keluarga besar.

Ramylid.peraprumah

Pengarang:

Bijak sekali. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Banyak membaca luas pengetahuan. Syabas kerana saudara Ramy yang kini telah beroleh pendapatan lima angka.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya
47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwm.com

FOLLOW US ON