GAYA HIDUPTULAR

Wanita Lemah Hanya Dalam TV! Anak Perempuan dan Ibu Berusia 50 Tahun Meluncur Dari Ketinggian 14,000 Kaki

Lupakan kisah wanita dipersenda, diperbodoh, saling berebut lelaki, menangis pilu dianiayai mentua kerana yang itu hanya wanita dalam drama tv. Wanita realitinya lebih bersemangat, ada strong personality dan banyak yang lebih berani dari lelaki.

Sebagai contoh, Puteri Shahidah dan ibunya yang berusia 50 tahun, Puan Hasimah. Mereka bercuti di Australia sekitar Ogos lalu, dan salah satu aktiviti yang dilakukan adalah skydive dari ketinggian 14,000 kaki dari paras laut. Wow, bukan main lagi dua beranak ni. Pertama kali skydive pula tu. 

Puteri berkongsi kenangan manisnya ini di Twitter. Kata Puteri, ibunya pernah memberitahu, kalau nak buat apa-apa mesti niat dalam hati Lillahitaala (kerana Allah Taala) dan tujuannya melakukan aktiviti ekstrem ini bertujuan melihat kebesaran Allah. Dan Alhamdulillah, rancangan mereka dipermudahkan, walaupun pada awalnya trip Puteri hampir terbatal berikutan masalah visa. 

Kalau difikirkan, memang gerun nak meluncur dari ketinggian itu, tetapi seperti kata empunya tweet, “Sometimes you don’t have to think and just jump!”

Berikut saya kongsikan foto-foto menakjubkan daripada akaun Puteri yang diambilnya sendiri dari ketinggian 14,000 kaki.

[thb_image full_width=”true” image=”10175″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” image=”10172″]

Psst: Kalau asyik-asyik shopping, balik-balik pergi spa dan tengok wayang, bosan. Sesekali kita ubah angin, buat macam Puteri dan Puan Hasimah ni.

Sumber: Twitter Puteri Shahidah https://twitter.com/pu3shahidah

Related posts

Mr. BIBIM Spicy Chicken di Seluruh Malaysia

adminwm

Mengenal Habbatussauda & Khasiatnya

admin

Mahu Pinggung Dan Buah Dada Yang Montok Lagi Tegang

admin

Leave a Comment