CANTIK

Wanita dan Kecantikan

Wanita tidak perlu takut jika  tidak cantik kerana setiap wanita itu cantik dan indah apabila mempunyai akhlak yang indah. Tiada guna pun rupa dan fisik kita cantik akan tetapi hati tidak cantik kerana kecantikan fisik dan rupa akan hilang seiring waktu dan usia berlalu.

Definisi cantik dalam Islam memang jelas. Seorang wanita yang cantik dalam Islam adalah wanita yang bisa menjaga dirinya sendiri. Maknanya wanita tersebut harus menjaga penampilannya baik penampilan luar dan dalam. Untuk dilihat cantik sebenarnya seorang wanita harus bisa membersihkan diri dan merawat apa yang diberikan oleh Allah kepada dirinya.

Wanita, selalulah menjaga kehormatanmu dan senantiasa menjaga dan menutupi aset yang paling berharga yang ada padamu.

Wanita, kamu dianjurkan untuk sentiasa menyimpan sikap malu. Malu bukanlah suatu hal yang dapat menghambat perkembangan dalam seorang muslimah. Tapi, malu di sini ialah sikap seorang muslimah yang selalu rendah hati dan tidak pamer aurat pada yang bukan mahram.

Wanita, kamu dianjurkan untuk menjadi orang yang pandai yang mampu mencermati pelbagai kemungkinan yang ada untuk menyelesaikan sebuah permasalahan.

Ya, seorang wanita haruslah senantiasa bersabar dalam menghadapi segala rintangan dan tantangan. 

Sungguh setiap wanita mahu cantik. Dan kalau boleh sehingga usia ke liang lahat  masih mahu nampak cantik, muda dan bertenaga. Begitu pun berapa ramai yang rajin merawat diri menjadikan dirinya sentiasa dilihat cantik. Dan sejauh mana anda menjaga kecantikan anda? 

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. 

Apakah amalan yang perlu dilakukan untuk kekal cantik tidak dimakan usia. Islam tidak ketinggalan menganjurkan beberapa amalan untuk anda laku demi menjaga kecantikan diri.

Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting  Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wuduk yang terkena wajah kita lima kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.

Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun daripada tidur Sejurus bangun pada waktu pagi, iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu. Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat tiga kali, kemudian baru ditelan. Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar pelbagai penyakit.                                                                                                             

Mengurut wajah dari bawah dengan selawat   Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat tiga kali.  Amalkan setiap hari. ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika diurut dari atas ke bawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pula.                                                            

Zikir yang boleh diamalkan adalah:  Zikir dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut: Baca Ya Badiyah (1x) Baca Ya Nur (1x) Baca  Ya Hadi (1x) Baca Ya Allah (3x) Baca surah Al-Waqiah. Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi. Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan kulit (diri) kita dan untuk kebahagiaan rumahtangga kita. Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan                                                                                                     

Baca Surah Yusuf Selepas Solat Subuh Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam tiga teguk. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.                                                                                                                              

Berdoa setiap kali melihat cermin Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa, kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara. “Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga engkau menjauhkan wajahku dari api neraka.”                                                                    

Imam Ahmad meriwayatkan daripada al-Nu’man ibn Basyir bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya doa itu adalah ibadat.” – Riwayat Bukhari.   Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Qada’ Allah tidak dapat dihapuskan melainkan dengan doa dan umur seseorang itu tidak bertambah melainkan dengan melakukan kebaikan.” – Riwayat Tirmidzi. 

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelas menerangkan peranan doa dalam Islam. Ia disyariatkan supaya orang Islam berdoa dalam kehidupan harian mereka. Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada kita semua.

Related posts

Tanya Dr Edmond March 2020

admin

SK-11 Returns With A Groundbreaking Animated Anthology Series – the ‘VS’ Series

admin

Double Serum, Double Power Now For Your Eyes

admin

Leave a Comment