Kourtney Kardashian Buat Marketing Melalui Gambar Bogel di IG

2 April, Kourtney Kardashian muat naik gambar yang menutup sedikit bahagian buah dada juga miss V (itu pun kerana kakinya bersilang). Melihat pos IG itu kalau ikut cara mat Salih ‘menimbulkan tanda tanya’ tetapi pada saya, asyiklah buang tabiat!

Gambar sebegitu dimuat naik atas tujuan pemasaran sebenarnya, kerana Kourtney baru melancarkan laman web kesihatan dan kecantikan yang diberi nama Poosh. Laman web ini sebagai dedikasi untuknya berkongsi informasi tentang kehidupan yang seimbang. Kandungan di dalamnya seperti cadangan produk, resepi dan wawancara dengan pakar kesihatan antara lain.

Sebut Kourtney, “Poosh mengenengahkan gaya hidup yang hampir sama seperti yang saya jalani.”

Bagus juga mengikuti laman web ini kerana berbanding adik beradiknya Kim, Khloe dan Kylie, Kourtney sebenarnya (pada saya) lebih cantik dan kecantikannya itu semula jadi. Sebaliknya adik beradiknya yang lain sudah berkali-kali menjalani surgery. Maksudnya, tip kecantikan dan kesihatan daripada Kourtney saya kira itu sesuatu yang harus diambil pusing.

Menurut Kourtney, dia bersenam enam kali seminggu dan aktiviti kegemarannya adalah lompat tali dan angkat berat. Dalam mana-mana episod Keeping Up With Kardashian, dia kerap dilihat mengudap snek makanan ringan yang bebas gluten dan tiada kandungan susu. Katanya dia mengambil makanan sebegitu dalam jumlah yang sederhana.

Suplimen bagaimanapun sangat penting untuknya (hemm kalau Dr. Rafidah baca ni mesti dia marah) Kardashian menggabungkan kolagen, daun zaitun, minyak MCT dan klorofil ke dalam dietnya selain merujuk doktor holistik setiap dua minggu. “Kami memeriksa tahap [darah] saya sebaik sahaja saya selesai mengambil pek vitamin baru.”

Manakala ntuk alat solek dan rutin penjagaan kulit, Kourtney hanya mengamalkan produk yang 100 peratus organik.

Dan ada kemungkinan selepas menerbitkan Poosh, Kourtney akan melebarkan sayap, mungkin mengeluarkan produk sendiri mengikut langkah adik-beradiknya yang lain? Entah, kalau nak tahu kena tunggu saja kerana selalu macam itulah cara mereka.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON