SANA-SINI

UOB Malaysia MelancarkMan pertandingan UOB

Painting of the Year (POY) 2022 dan menjemput para pelukis mapan dan baru muncul untuk mencipta karya seni inovatif yang mempamerkan penguasaan seni mereka. Pertandingan UOB POY adalah program seni visual serantau utama Bank dan salah satu anugerah seni tahunan paling berprestij di Asia Tenggara yang bertujuan mencungkil dan memupuk bakat seni di seluruh rantau ini.

Tahun ini, bersempena ulang tahun ke-71 UOB Malaysia, Bank juga telah memperkenalkan Kempen Khas Ulang Tahun ke-71 UOB Malaysia sebagai sebahagian daripada pertandingan UOB POY (Malaysia) 2022.

Karya seni yang memenangi kempen khas ini akan dipaparkan pada bahagian luar

tren transit aliran massa (MRT) awam yang akan bergerak di sekitar Lembah Klang. Ini adalah sebahagian daripada komitmen Bank untuk membuka peluang kepada komuniti yang lebih besar menceburi bidang seni lukis, di samping meningkatkan profil dan mempamerkan hasil karya para pemenang dari Malaysia.

Pemenang Kempen Khas Ulang Tahun Ke-71 UOB Malaysia akan dipilih daripada empat pemenang di bawah Kategori Artis Baru Muncul Pertandingan 2022 UOB Painting of the Year. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia berkata, “Seni mempunyai daya tarikan untuk meluahkan emosi yang kuat, mencetus pemikiran dan idea, serta menyatukan para penggiat dan peminat dari segala lapisan masyarakat. Identiti program tahun ini bertemakan ‘optimisme’ sejajar dengan tempoh kita beralih menuju ke masa depan yang lebih cerah dan penuh makna. Selaras itu, hasrat kami agar dapat membangkitkan semangat positif dan kesalinghubungan kepada komuniti seni yang telah terjejas oleh kesan pandemik global.

“Melalui pertandingan UOB POY tahunan ini, kami akan terus mencungkil bakat seni di Malaysia, dan mempromosikan mereka di peringkat tempatan dan serantau. Sebagai salah satu penaung utama bidang seni di rantau Asia, kami berharap untuk memupuk generasi pelukis akan datang dan membantu merealisasikan impian mereka.”

Penyertaan kini dibuka untuk pertandingan 2022 UOB POY (Malaysia)

Seperti tahun lepas, serahan penyertaan akan diterima secara digital. Permohonan akan dibuka mulai hari ini sehingga 31 Julai 2022. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap. Pemenang anugerah 2022 UOB Painting of the Year (Malaysia) akan diumumkan di

majlis anugerah pada Oktober 2022. Pemenang utama negara akan menerima RM100,000 dan berpeluang untuk bertanding dalam anugerah berprestij UOB POY Asia Tenggara dan memenangi wang tunai US$10,000. Maklumat lanjut

mengenai pertandingan boleh didapati di www.UOBandArt.com.

Pemenang pertandingan 2021 UOB POY (Malaysia), Encik Saiful Razman, dan karya seni beliau yang bertajuk, Walk in Silence, Don't Walk Away in Silence, telah memenangi Anugerah 2021 UOB POY Asia Tenggara 2 , menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama untuk memenangi anugerah serantau yang menjadi rebutan. Karya seni kemenangan beliau dipilih daripada jumlah tertinggi penyertaan yang diterima oleh pertandingan dalam sejarah 40 tahunnya.

Related posts

dUCk Meraikan Ulang Tahun ke-8 dengan Pameran Pop-up dan Koleksi Baharu di Bukit Bintang

adminwm

OPPO Pad Air

adminwm

Sokong Bendera Putih

admin

Leave a Comment