AGAMA

Ujub, Riak Dan Takabbur

 
“Sesungguhnya orang yang mendustakaan ayat-ayat Kami dan menyombong diri terhadapNYa, sama sekali tidak akan dibuka kepada mereka pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. (Al-A’araf:40)

Apa yang dimasukkan dengan Ujub, Takabur dan Riak?

1. Ujub
Ujub ialah perasaan kagum ke atas diri sendiri. Merasa diri hebat. Bangga diri dan terpesona dengan kehebatan diri.

Ujub ialah penyakit hati yang sangat  merbahaya berbanding riak dan takabbur, Ia sangat bahaya kerana perasaan ujub akan datang walau dalam keadaan diri bersendirian.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa. Orang yang rajin beribadah merasa kagum dengan ibadahnya. Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya. Orang yang memberi komen, kagum dengan setiap komen-komennya. Manakala orang yang bertanya kagum dengan soalannya.

Orang yang cantik kagum dengan kecantikannya dan orang yang dermawan kagum dengan kebaikannya sementara orang yang berjawatan tinggi kagum dengan jawatan dan pangkatnya.

2. Riak
Riak tidak akan datang sewaktu bersendirian. Ia datang apabila ada orang kedua atau ketiga, kerana dia akan berasa dirinya hebat daripada orang lain. Orang yang riak tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.

3. Takabur
Takabur berasal daripada perkataan Arab, ‘takabbara’  yang membawa maksud sombong. Takabur adalah seorang yang berperasaan tinggi diri dan suka menganggap dirinya lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik daripada orang lain. Sama ertinya dengan sombong, angkuh dan bongkak. Sama seperti riak malah lebih buruk lagi kerana di samping merasai diri lebih hebat, malah menghina dan merendahkan orang lain.

Sama ada Ujub, Riak dan Takabur ia adalah sifat tercela dan dibenci Allah SWT. Ketiga-tiga penyakit hari ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat Ulama meletakkan ketiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta.  Ayat di atas juga memberitahu akan balasan yang menanti di akhirat nanti.

Tiga peringkat sifat Takbur

  1. Takabur kepada Allah SWT
    Ia setinggi-tinggi tingkat takabur dan paling membahaya. Ia berpunca daripada sifat jahat, angkuh dan ingkar. Al Quran mengisahkan kaum ‘Aad, Firuan dan Qarun diazab oleh Allah SWT kerana memiliki darjat takbur seperti ini.
  2. Takabur kepada Rasul
    Ia jatuh pada darjat yang kedua peringkat takur. Golongan ini berpendapat bahasa Rasul ialah manusia biasa yang tidak memiki apa-apa keistimewaan seperti mana yang di dalam al quran yang bermaksud;

           “Sesungguhnya kamu (Muhammad) hanya manusia biasa seperti kami.”
(surah Ibrahim:10).

  1. Takabur terhadap sesama manusia
    Takbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takbur kepada Allah SWT dan RasulNYA yang boleh membawa kepada sifat-sifat kafir. Takbur peringkat ini hukumnya berdosa dan fasih.

Sifat-sifat yang di atas inii boleh membawa kepada ingin menyaingi kekuasaan dan sifat-sifat Allah SWT. Dan ingkar terhadap perintah-perintah Allah dan RasulNya dan juga bertuhankan kepada manusia.

Related posts

Rasulullah SAW Menyayangi Negara Sendiri

admin

Bersolek, Berhias Harus Jika Tidak Sampai Tabbaruj

admin

Rahsia Di Sebalik Membaca Al Quran Terus Menerus

admin

Leave a Comment