AGAMA

Tujuh Keinginan Dimakbulkan

Doa merupakan satu bentuk memperlihatkan sikap rendah diri dan berserah serta menyerah diri pada Allah SWT.

Islam agama sempurna, setiap amalan diberikan ganjaran. Maka seru nama Allah dan amalkan surah-surah dalam al-Quran untuk apa juga hajat, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Mohonlah keampunanNya: berdoa untuk keselamatan hidup, minta rezeki yang halal dan mencukupi serta bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Menurut Quraish Shihab, doa merupakan permohonan seorang hamba kepada Tuhannya agar mendapat anugerah pemeliharaan dan pertolonganNya, baik buat si pemohon dan juga pihak lain yang harus lahir dari lubuk hati yang dalam disertai dengan ketakwaan dan pengagungan kepada Allah SWT.

Salah satu doa yang amat digalakkan ialah setiap kali selepas solat baca ayat ini sebanyak tujuh kali dan dengan izin Allah, anda beroleh setiap yang dihajati dimakbulkan

  1. Jika anda seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
  2. Jika anda seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
  3. Jika anda seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
  4. Jika anda seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
  5. Jika anda seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
  6. Jika anda seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
  7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan

Ayat 128 Surah at-Taubah

“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Ayat 129 Surah at-Taubah

“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Erti ayat 128

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat meninginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman.

Erti ayat 129

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Sumber: FB Ustaz Ebit Liew

Related posts

Ketahui 33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran

admin

Dinyatakan Imam Ghazali 23 Adab Bersahabat Dalam Kitab Bidayatul Hidayah

admin

Kelebihan Surah Yaasin

admin

Leave a Comment