Tips Sihat Menurut Islam

Please select a featured image for your post

Lebih 1436 tahun dahulu, apabila bayi lahir, Rasulullah SAW mengamalkan mengambil secebis kurma dan memasukkannya ke dalam mulut bayi tersebut, yang mana caranya Rasulullah SAW akan mengunyahnya hingga lembut dan kemudian menyapunya di lelangit bayi yang baru lahir.

Dalam Islam perbuatan ini dipanggil Tahneek.

BBC News pernah mengongsikan satu laporan daripada pakar kesihatan yang memberitahu, sedos gula dalam bentuk gel yang disapu dalam mulut merupakan cara murah dan efektif untuk melindungi kerosakan otak untuk bayi yang lahir tidak cukup bulan.

Inilah sebabnya Muslim mengamalkan amalan Rasulullah SAW tanpa mempersoalkannya. Sains moden kini meneroka tradisi yang telah diperkenalkan 1436 tahun dahulu. Ini bermaksud Islam telah lama mendahului segala perkembangan.

Mari berkongsi ilmu, apatah lagi sesama Muslim bahawa Islam bukan agama primitif. Subhanallah. Segala puji bagi Allah.

 

Tip Penting

  • Jika sakit kepala di bahagian hadapan kepala, rawatannya adalah tidur. Jika di atas kepala, rawatannya adalah makan dan minum air. Jika sakit kepala di bahagian belakang kepala, maka rawatannya adalah cuba menghilangkan stres.

Rawatan untuk menambah penglihatan lebih jelas.

  • Ini sangat penting untuk mereka yang lemah penglihatan dan untuk semua. Otot mata bekerja setiap hari yang boleh membawa  kepada penglihatan yang kurang tepat. Demi mengembalikan penglihatan yang baik dan mengekalkannya, kita perlu mengikut sunnah di dalam solat. Kita perlu sentiasa membuka mata setiap kali sujud dan ketika berdiri pula, mata perlu sentiasa fokus kepada titik sujud sepanjang solat. Kelebihan melihat titik sujud ialah ketika rukuk, otot mata akan menekan lensa utk menambah penglihatan dan ketika kita bangun, otot mata akan mengendur. Ketika sujud, lensa akan mengecil disebabkan jarak di antara mata dan lantai. Apabila kita bangun  semula, otot mata akan mengendur semula. Amalan yang kita lakukan setiap hari merupakan antara latihan mata kita. Kita boleh melakukan sebanyak 17 kali atau sebanyak mana yang diingini. Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan untuk membuka mata ketika sujud dan kini saintis pula mengesahkan amalan ini untuk menambah dan memperkukuhkan daya penglihatan. Subhanallah.

 

  • Saintis bukan Islam mengesahkan bahawa kita kini terdedah dengan kuasa caj eletrik lebih besar daripada sebelum ini. Ini disebabkan oleh radiasi elektromagnet dari peralatan seperti telefon bimbit, tv, penghawa dingin, ketuhar dan sebagainya. Dan sekiranya kita tidak mahu radiasi ini mengancam kita, kita perlu meletakkan dahi di lantai lebih daripada sekali sehari kerana bumi boleh menyerap radiasi. Kita sebagai Muslim diberi lima waktu solat untuk menyentuhkan dahi kita ke lantai, iaitu 92 sejadah setiap hari. Subhanallah.

 

Setiap perintah Allah ada kelebihannya.

“Nikmat mana lagi yang mahu didustakan?” Surah Rahman.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON