Tiga Jenis Kawan, Menurut Imam al-Ghazali

Please select a featured image for your post

Kawan Pertama

Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak boleh diperolehi.

 

Kawan Kedua

Dia tidak ada ilmu, tetapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat yang kita sampaikan kepada dia. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.

 

Kawan Ketiga

Dia tidak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tidak suka ilmu yang disampaikan. Dia reject ilmu dan nasihat yang kita bagi. Kata Imam al- Ghazali jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara dan tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.

 

 

* Mari kita cari sahabat yang dikatakan Imam al-Ghazali seperti di atas. Insya Allah kita akan selamat.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON