FESYEN

Tiada Bayang Karl Lagerfeld Di Pertunjukan Couture Chanel… Apa Sudah Jadi?

Selama bertahun-tahun setiap kali pertunjukan fesyen Chanel diadakan, sesudah model terakhir melakukan catwalk, pasti akan muncul Karl Lagerfeld di sisi, memberi tunduk hormat kepada tetamu yang hadir. Namun berbeza kali ini, kerana bayangnya tidak kelihatan sama sekali. Apa sudah jadi?

Mengetahui tetamu kehairanan, pengumuman dibuat mengatakan dia akan tiba untuk pertunjukan tengahari. Namun Lagerfeld tidak juga muncul.

Selepas pertunjukan kedua satu kenyataan dikeluarkan, “Lagerfeld merasa letih, meminta Virginie Viard pengarah rumah fesyen ini mewakilinya.”

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8533″][thb_gap height=”40″]

Ketiadaan Lagerfeld buat pertama kali ini menimbulkan desas-desus mengenai keadaan kesihatannya. Apatah lagi sepanjang tahun lepas elok saja dia membuat (sebahagian besar) penampilan catwalk bersama Viard, manakala Disember lalu, cukup sihat untuk ke New York menghadiri pertunjukan Chanel, tetapi tidak pula kali ini.

Melihat kepada usia, logik jika masalah kesihatan menjadi punca. Atau mungkin juga sudah sampai masa dia mengucapkan selamat tinggal selepas 36 tahun bersama mereka? Hem… logik juga.

Buat masa ini tiada kenyataan lain dikeluarkan daripada kedua-dua pihak iatu Chanel mahupun Lagerfeld. Nampaknya kena tunggu saja Mac nanti di pertunjukan ready-to-wear mereka, siapa yang akan muncul di akhir pertunjukan untuk melakukan catwalk bow, adakah masih papa Karl atau ada wajah lain yang ganti?

Related posts

Kasih Bapa Mekar di HABIB

admin

Tom Abang Saufi Debuts Its First Ever Sunglasses Collection: A Blend of Timeless Style and Cultural Heritage

adminwm

Zenith’s New «Pilot» Collection Takes Off At Watches & Wonders 2023

adminwm

Leave a Comment