CANTIK

Tatahan Kristal di Kelopak Mata Lady Gaga

Segar dari musim anugerah yang dipenuhi banyak kemunculan selebriti wanita dengan gaya rambut yang membuatkan kita ingin melihatnya lagi dan lagi, selain belahan kaki menunjukkan betis mungil. Dan apa kurangnya Lady Gaga yang membuat kemunculan pertama selepas membawa pulang patung emas Oscar. Seperti biasa dia dalam gaya yang sememangnya, tidak mengecewakan.

Untuk menghadiri majlis Anugerah Daily Front Row di Los Angeles, penyanyi ini menaikkan bar trend solekan pastel musim ini dengan menambah satu barisan kristal yang berkilauan di kelopak matanya yang berwarna ros. Solekan mata karya Sarah Tanno ini nampak lebih berseri kerana Gaga menggayakan dress playful hitam dan putih dari koleksi Rodarte Fall 2019.

Ini bukan pertama kali penyanyi itu menghiasi kelopak mata dengan aksen 3-D kerana sebelum ini dia pernah dilihat dalam stail yang sama di separuh akhir Super Bowl pada 2017, dengan warna merah jambu berkilauan.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9155″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Aprilskin Menterjemahkan Kecantikan Alam Ke Wajah Anda

admin

NEW SK-II GENOPTICS ULTRAURA ESSENCE

admin

No Filter. Tiada Masalah. Nanowhite Adalah Rahsia

admin

Leave a Comment